awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Fatwa Perlis putuskan suntikan vaksin wajib diambil

Bernama
Bernama
11/11/2016
15:05 MYT
Jawatankuasa Fatwa Perlis putuskan suntikan vaksin wajib diambil
Keengganan mendapatkan pencegahan berkenaan adalah perbuatan tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan pengambilan vaksin adalah kaedah paling berkesan sebagai pencegahan terhadap penyakit yang membawa kemudaratan dan umat Islam wajib mendapatkannya.
Ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat kali ke-23 Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 3 dan 4 Okt lalu yang memutuskan suntikan imunisasi terbukti mampu melindungi kesihatan kanak-kanak daripada dijangkiti wabak merbahaya.
"Kecuaian ibu bapa dalam menunaikan tanggungjawab ini sehingga membahayakan nyawa anak-anak sendiri adalah berdosa ," kata Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam kenyataan di sini hari ini.
Oleh itu, masyarakat Islam di Perlis digesa tidak menolak suntikan vaksin dan keengganan mendapatkan pencegahan berkenaan adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.
Malah ibu bapa yang tidak mahu imunisasi itu diberikan kepada anak mereka sehingga menyebabkan penularan wabak merbahaya dalam kalangan masyarakat juga berdosa, kata jawatankuasa itu.
Vaksinasi ialah proses memberi imunisasi kepada bayi bertujuan mencegah penyakit berjangkit yang boleh diberi secara suntikan atau melalui mulut di mana jika ada kesan sampingan ia adalah ringan dan tidak membahayakan. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan