Kerajaan memutuskan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas kabinet bagi menangani kenaikan kos sara hidup, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, beliau akan mempengerusikan jawatankuasa yang akan bertindak sebagai jawatankuasa pusat menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang secara bersepadu.
"KPDNKK akan bertindak sebagai sekretariat dan kementerian peneraju. Kementerian-kementerian lain akan dilantik sebagai ahli jawatankuasa khas ini," ujarnya semasa sidang media selepas selesai mesyuarat kabinet di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Tambahnya, jawatankuasa khas itu juga adalah lanjutan daripada NKRA Menangani Kos Sara Hidup yang diperluaskan skop serta peranannya.
"Antara peranan jawatankuasa khas ini termasuk menyelaras pelaksanaan dasar dan program pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat untuk mengurangkan beban rakyat," katanya.
Selain itu, Muhyiddin menjelaskan jawatankuasa itu juga berperanan untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam meneliti dasar cukai kerajaan dan rasionalisasi subsidi.
"Ia juga melaksanakan kajian sektoral mengenai kesan sebenar kos input terhadap kenaikan barang keperluan dan seterusnya membuat unjuran kenaikan yang berpatutan,"tambahnya.
Kerajaan juga menurut Timbalan Perdana Menteri telah mewujudkan sebuah Makmal Khas yang bermula hari ini (15 Januari) selama dua minggu bagi mengkaji langkah mengurangkan beban rakyat.
"Antara lain mengkaji secara holistik konsolidasi fiskal yang perlu dilaksanakan bagi memastikan ia tidak terlalu membebankan rakyat serta bentuk-bentuk bantuan boleh diberikan untuk kurangkan kos hidup,"ujar beliau.
Kerajaan juga katanya akan meneliti semula keupayaan Akta Persaingan 2010 di bawah Suruhanjaya Persaingan Malaysia, MYCC bagi memperkukuh pelaksanaan akta berkenan.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengingatkan golongan peniaga agar tidak menggunakan isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST yang dikuatkuasa pada April 2015 sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan dengan tidak munasabah.
"GST belum dikuatkuasa tapi 2015. Ada pihak guna isu ini sebagai dalih untuk barang naik. Jadi kita hendak mengkaji sama ada terdapat pihak lain yang bertanggungjawab,"
"Saya minta peniaga bersikap lebih adil. Contohnya kalau gula naik 34 sen sekilogram, takkan sampai naik harga lebih 30 sen bagi segelas minuman,"tambah beliau.
Sementara itu, Muhyiddin menyifatkan isu 'kangkung' yang tersebar di internet hanya diputarbelitkan oleh pihak yang hanya suka mengambil kesempatan.
"Ia diputarbelitkan, seolah dipermainkan. You cannot play the fool. Ia seolah kerajaan tak pernah buat apa-apa. Ada pihak yang cuba guna kesempatan," katanya.
Rahimah Abdullah
Wed Jan 15 2014
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Jawatankuasa Khas Kabinet tangani kenaikan kos sara hidup ditubuh
Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.