awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ulama perlu bimbing masyarakat ke arah keamanan, perpaduan - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
29/08/2025
12:45 MYT
Ulama perlu bimbing masyarakat ke arah keamanan, perpaduan - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyeru ulama agar memainkan peranan lebih besar dalam membimbing masyarakat ke arah keamanan, perpaduan dan keadilan dalam menghadapi cabaran global. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyeru ulama agar memainkan peranan lebih besar dalam membimbing masyarakat ke arah keamanan, perpaduan dan keadilan dalam menghadapi cabaran global.
Beliau berkata tanggungjawab ulama bukan sahaja untuk memelihara ilmu, tetapi juga mempertahankan kebenaran, membalas kebencian dengan hikmah, menggantikan kejahilan dengan kefahaman dan membina jambatan ketika orang lain membina tembok.
"Inilah tanggungjawab ulama kita, cendekiawan kita dan pemimpin pemikiran kita. Ya, kita mungkin ada perbezaan. Ya, kadang-kadang kita mungkin bersetuju untuk tidak bersetuju tetapi di atas semua, sebagai umat, kita berkongsi matlamat yang lebih besar dan matlamat itu hanya boleh dicapai apabila kita berdiri bersama dalam perpaduan.
"Ini bukan perhimpunan biasa. Ia merupakan himpunan intelek dan integriti, kepercayaan dan jangkaan masa depan," katanya dalam ucaptama pada perasmian Majlis Ulama Asia Tenggara Ketiga di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini.
Turut hadir Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Sheikh Dr Mohammad Abdul Kareem al-Issa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ulama
#Ahmad Zahid Hamidi
#perpaduan
#keamanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan