Jawatankuasa pemantau yang dijangka ditubuhkan tidak lama lagi berikutan kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, lebih dua minggu lepas, akan berperanan mengawasi pengurusan kilang-kilang berasaskan kimia di Pasir Gudang.
Pengerusi Jawatankuasa Saintifik Profesor Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff berkata pemantauan terhadap kegiatan kilang yang beroperasi adalah perlu bagi mengelakkan kejadian pencemaran di Sungai Kim Kim daripada berulang lagi.
"Saya rasa itu (jawatankuasa) amat penting kerana selama ini kita hanya ada (Jabatan Alam Sekitar), kita minta data daripada mereka tetapi kali ini kita harus kuat kuasakan lagi.
"Kita harus lihat betul atau tidak sebagai contoh, proses itu dilakukan di kilang, kalau bahan itu diproses, apa dia punya sisa dan bagaimana mereka uruskan sisa tersebut, kita kena tengok perkara-perkara ini," kata beliau yang juga Dekan Fakulti Sains di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Seminar Bencana Pasir Gudang: Kronologi dan Peranan Kita di Fakulti Sains UTM, di Skudai, di sini pada Selasa.
Turut hadir dalam seminar itu ialah Pengarah Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UTM iaitu Prof Madya Dr Jafariah Jaafar serta pensyarah kanan fakulti tersebut iaitu Dr Faizuan Abdullah.
Dalam pada itu, beliau berkata penguatkuasaan yang ketat amat perlu untuk memastikan kilang-kilang terlibat mengikut peraturan yang dibenarkan.
"Penguatkuasaan seperti pemantauan secara berkala dan ketat perlu dibuat sebab kawasan industri Pasir Gudang amat rapat dengan kawasan perumahan, tidak seperti di Pengerang yang ada buffer zone (zone penampan) dan sebagainya.
"Kita kena pastikan tidak berlaku kes kebocoran gas atau gas meletup seperti di China dan sebab itu perlu ada prosedur operasi standard (SOP) sebelum ia berlaku," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2019
Penguatkuasaan yang ketat amat perlu untuk memastikan kilang-kilang terlibat mengikut peraturan yang dibenarkan. - Gambar fail
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Jawatankuasa khas pantau pengurusan kilang berasaskan kimia
Pemantauan terhadap kegiatan kilang yang beroperasi adalah perlu bagi mengelakkan kejadian pencemaran di Sungai Kim Kim daripada berulang lagi.
Semburan cecair khas, kajian saintifik kenal pasti punca pencemaran Sungai Kim Kim
Jawatankuasa Saintifik bagi membantu menyiasat punca dan menangani pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang akan memulakan tugasan mereka menerusi beberapa fasa.