KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas pemulihan COVID-19 perlu ditubuh untuk memastikan penyelesaian kepada segala masalah negara akibat pandemik dapat dibuahkan dengan lebih jitu.
Penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat jawatankuasa itu harus dianggotai pelbagai pihak yang berkaitan dan berkepakaran dengan mengetepikan segala kepentingan selain kesejahteraan negara.
Kata Sivamurugan, usaha kerajaan yang telah dan sedang dilaksanakan ketika ini sudah baik, namun boleh ditambah baik lagi sekiranya pihak lain turut disertakan bersama dalam merencana dan menggerakkan proses pemulihan ini.
“Jika kita benar-benar lalui proses pemulihan yang total, holistik, menyeluruh dan komprehensif, ini memerlukan komitmen dan rasa tanggungjawab bukan sahaja daripada rakyat tetapi juga pemimpin-pemimpin yang berkepentingan.
“Masing-masing sudah lontar pelan mereka, kenapa tidak dibawa satu pelan induk bersama dengan kerajaan dan jadikannya sebagai satu sandaran untuk kita lihat hasil kejayaan yang lebih besar,” ujarnya.
Pada masa sama, perlu juga ada badan yang bertindak sebagai penyemak imbang memantau dan menilai setiap perubahan dalam usaha penambahbaikan yang boleh dilakukan secara berterusan.
Ketika ini, tegas Sivamurugan, semua harus bersedia untuk berkompromi dan berkorban untuk mengutamakan hal yang lebih penting ketika ini iaitu kesihatan, ekonomi dan sosial rakyat terlebih dahulu.
Ujar beliau, kejayaan kita melawan pandemik ini memerlukan perubahan budaya politik, di mana setiap pemainnya perlu menjulang matlamat mensejahterakan negara lebih daripada segalanya.
“Fungsi kerajaan harus kita pertahankan. Ini kerajaan yang ada legitimasinya, dan bagaimana pihak lain mampu untuk mainkan peranan mereka tanpa dipolitikkan.
"Barulah kita boleh capai pemulihan dari segi kesihatan, ekonomi dan sosial.
“Ketiga-tiga ini adalah keterangkuman yang boleh dan harus kita perbaiki.
"Dan menjadi satu idaman kita kerana dalam konteks budaya politik kita, ini sukar atau jarang sekali berlaku tetapi boleh berlaku sekiranya masing-masing ketepikan ego politik atau kepentingan peribadi.
"Ini memerlukan pengorbanan yang cukup besar,” jelasnya.
Jika itu dapat dimanifestasikan, tidak mustahil Malaysia boleh mengikut jejak langkah negara-negara yang sudah berjaya menangani pandemik dan dapat kembali menjalani kehidupan sedia kata, seperti Australia dan New Zealand sebagai contoh, katanya lagi.
Maka, kata Sivamurugan, komunikasi perlu diperhebat, diperhalusi dan diteliti supaya ia mencapai semua pihak dan setiap anggota masyarakat dan pemimpin dapat memainkan peranan masing-masing untuk bersama menuju matlamat tersebut.
Tonton temu bual penuh Prof Dr Sivamurugan Pandian dalam Agenda AWANI bersama hos, Nazri Kahar, di sini:
Israr Khalid
Mon Jun 14 2021
Sivamurugan berpendapat jawatankuasa itu harus dianggotai pelbagai pihak yang berkaitan dan berkepakaran dengan mengetepikan segala kepentingan selain kesejahteraan negara. -Astro AWANI
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.