awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Suri rumah rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket skim pelaburan tidak wujud
Kerajaan Syria, SDF capai persetujuan gencatan senjata empat hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ironman wanita tertua dunia tamatkan perlumbaan pada usia 80 tahun

Agensi
Agensi
20/10/2025
06:15 MYT
Ironman wanita tertua dunia tamatkan perlumbaan pada usia 80 tahun
Natalie Grabow, 80, menyempurnakan perlumbaan triathlon ekstrem itu dalam masa 16 jam, 45 minit dan 26 saat. - Gambar/ FB @Running State
SEORANG wanita warga emas dari Amerika Syarikat mencatat sejarah apabila menjadi peserta tertua yang berjaya menamatkan Kejuaraan Dunia Ironman Wanita 2025 di Kailua Kona, Hawaii.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita warga emas dari Amerika Syarikat mencatat sejarah apabila menjadi peserta tertua yang berjaya menamatkan Kejuaraan Dunia Ironman Wanita 2025 di Kailua Kona, Hawaii.
  • Natalie Grabow, 80, menyempurnakan perlumbaan triathlon ekstrem itu yang merangkumi renang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal 180 kilometer dan larian maraton 42 kilometer dalam masa 16 jam, 45 minit dan 26 saat.
  • Beliau muncul juara dalam kategori usia F80-84 dan menandakan penampilan ke-11 dalam kejohanan dunia Ironman, sekali gus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk kekal aktif dan berdaya saing.

Natalie Grabow, 80, menyempurnakan perlumbaan triathlon ekstrem itu yang merangkumi renang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal 180 kilometer dan larian maraton 42 kilometer dalam masa 16 jam, 45 minit dan 26 saat.
Beliau muncul juara dalam kategori usia F80-84 dan menandakan penampilan ke-11 dalam kejohanan dunia Ironman, sekali gus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk kekal aktif dan berdaya saing.
Lebih mengagumkan, Grabow hanya mula menyertai triathlon pada usia 60-an selepas bertahun-tahun aktif sebagai pelari, dan terus menunjukkan prestasi konsisten dalam setiap penyertaan.
Tahun lalu, beliau mencatat masa 15 jam 53 minit di Ironman Maryland, sekali gus menjadi wanita pertama yang menamatkan perlumbaan dalam kategori usia 75-79 tahun.
Jurulatihnya, Michelle Lake, menyifatkan Grabow sebagai atlet yang kuat, kompetitif dan sangat berdisiplin, malah sering mempelajari strategi peserta lelaki dalam kategori umur sama untuk mengatasi mereka.
Penganjur Ironman memberikan penghormatan khas kepada Grabow atas pencapaian luar biasa itu, dan menyifatkannya sebagai “ikon ketahanan” dan bukti bahawa “umur hanyalah angka”.
Kisah Grabow turut mendapat perhatian media antarabangsa dan mencetuskan inspirasi dalam kalangan komuniti sukan serta masyarakat umum yang mengagumi semangat juangnya.
Beliau kini menjadi simbol kekuatan dan ketabahan, serta bukti bahawa gaya hidup aktif mampu diteruskan walaupun pada usia lanjut.
Topic Berkaitan
#Ironman wanita tertua dunia
#Natalie Grabow
#warga emas
#dunia sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan