IPOH: Wakil dari pemimpin kerajaan dan pembangkang akan terlibat dalam jawatankuasa khas bagi menentukan status rumah ibadat di dalam gua di Perak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia bagi mengelakkan perkara atau isu itu dipolitikkan oleh pihak tertentu.
"Jawatankuasa itu akan ada wakil daripada kerajaan dan pembangkang kerana kita mahu mengelakkan daripada ianya dipolitikkan.
"Ini bukan isu politik, jadi tidak mengapalah kita panggil MCA, MIC, DAP, PKR.
"Kita akan panggil jabatan teknikal dan pengusaha kuil untuk duduk berbincang kerana kita perlu mencari jalan penyelesaian segera," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan kerja ke Kampung Klebang Tambahan sempena Program Mesra di sini pada Ahad.
Turut hadir, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dan ketua-ketua jabatan.
Dalam pada itu, katanya pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sedang menunggu senarai nama ahli jawatankuasa daripada pengusaha kuil.
"Kita sudah menghubungi pihak PTG minggu lalu,apabila nama itu dapat, sudah tentu kita akan menyediakan jawatankuasa daripada pihak kerajaan negeri untuk duduk bersama dengan mereka bagi melihat bagaimana kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah ini," jelasnya.
Sebelum ini media melaporkan, kerajaan negeri Perak menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani isu rumah ibadat yang dibina di dalam kawasan gua.
BACA: Jawatankuasa khas tentukan status rumah ibadat dalam gua - MB Perak
Ia ekoran pengeluaran notis terhadap 14 pengusaha rumah ibadat dalam kawasan gua di atas tanah kerajaan sekitar Mukim Sungai Raya dan Mukim Hulu Kinta.
Terdahulu, dalam lawatan itu, Saarani meninjau kawasan di Kampung Klebang Tambahan dan mendengar sendiri keluhan penduduk setempat yang sering berdepan dengan masalah banjir di situ.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jan 16 2022

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia bagi mengelakkan perkara atau isu itu dipolitikkan oleh pihak tertentu. - Gambar fail

Lagu bernada tinggi, peminat juga perlu memahami - Ziana Zain
Ziana Zain percaya setiap penyanyi akan memberikan persembahan terbaik setiap kali di pentas, dengan kemampuan yang dimiliki.

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland
Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

Keanggotaan NATO | Turki tetap bantah Sweden & Finland
Turki secara terbuka membantah bidaan Sweden dan Finland untuk menganggotai NATO. Presidennya, Recep Tayyip Erdogan bertegas akan kekal dengan pendirian itu.

Misi ke Marikh | NASA cari kewujudan makhluk asing di Marikh
Kenderaan robotik dilancarkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance mencapai detik penting dalam misi pencarian bukti kehidupan lampau di planet Marikh. Ia yang mendarat di planet merah pada Februari tahun lalu, bakal memulakan perjalanan mencari tapak sampel yang mungkin mengandungi kehidupan mikrob dan organik purba.

Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan di Malaysia.

Jawatankuasa khas setuju hampir semua dasar mengenai larangan tukar parti - Wan Junaidi
Jawatankuasa Pilihan Khas ini diberi tempoh masa satu bulan untuk menyediakan penyata.

Kematian doktor pelatih HPP: MMA sokong wujudkan pasukan khas dengan beberapa kriteria
MMA menyambut baik langkah kerajaan untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih.

Jangan letak proses penghasilan Akta Antilompat Parti bawah OSA - Bersih
Bersih desak Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen untuk tidak menghalang akses masyarakat awam terhadap penghasilan Akta Antilompat Parti.

Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuh lindungi golongan rentan - PM
Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan ditubuhkan bagi melindungi kebajikan golongan rentan khususnya kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), wanita dan warga emas.

Johor tubuh jawatankuasa khas SOP rentas sempadan
Keputusan pelaksanaan SOP itu akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Jawatankuasa Khas siasat kes kematian Muhammad Adib mohon maklumat orang awam
Mereka yang tidak berpeluang tampil ke depan untuk memberikan maklumat boleh menghubungi sektretariat di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.

Bersih mahu reformasi PSC dilaksana sebelum Julai 2022
Bersih sudah mencadangkan beberapa perubahan yang perlu dilakukan dan berharap ia diterima dan dilaksanakan secepat mungkin.

Jeffrey Kitingan dilantik ketua jawatankuasa khas Sabah berhubung pendatang asing
Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua pasukan penguat kuasa undang-undang, majikan yang mengambil pekerja asing, pemimpin-pemimpin politik serta pemimpin masyarakat.

Kuartet Menteri COVID-19 setuju beralih ke fasa endemik
Keputusan untuk menentukan pelaksanaan peralihan fasa itu bergantung kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.