awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa khas urus pusat gelandangan bakal ditubuh

Bernama
Bernama
25/09/2015
11:33 MYT
Jawatankuasa khas urus pusat gelandangan bakal ditubuh
Jawatankuasa itu akan mengurus antara lain soal kewangan, pengurusan dan penyelenggaraan pusat-pusat sedemikian. - Gambar Fail
Satu jawatankuasa khas bagi menyelaras dan mengurus operasi pusat khidmat sementara gelandangan di sekitar ibu negara bakal ditubuhkan minggu depan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan.
Beliau yang melawat pusat gelandangan di Jalan Medan Tuanku di sini berkata jawatankuasa itu akan mengurus antara lain soal kewangan, pengurusan dan penyelenggaraan pusat-pusat sedemikian.
"Buat masa ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan soal penyelengaraan pusat, manakala pihak NGO akan membantu dari segi pengurusan secara bergilir-gilir," kata Adnan.
Sehingga kini empat NGO iaitu Pertiwi Soup Kitchen, Kechara Soup Kitchen Society, Need To Feed The Need dan Kaseh4U telah menyatakan kesediaan mereka untuk menggunakan pusat tersebut bagi mengedar makanan sambil turut mengguruskannya, katanya.
Adnan berkata selain di Jalan Medan Tuanku, sebuah lagi pusat yang berupa bangunan tiga tingkat sedang dibina di Bulatan Pahang yang mampu menyediakan 250 buah katil untuk golongan gelandangan.
DBKL juga akan membeli seunit lagi bangunan di Chow Kit untuk tujuan sama, katanya.
Topic Berkaitan
#Adnan Md Ikhsan
#DBKL
#gelandangan
#Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan