awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa MKI: Polis buka 2 kertas siasatan isu campur tangan dalam agama Islam

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/01/2024
10:01 MYT
Jawatankuasa MKI: Polis buka 2 kertas siasatan isu campur tangan dalam agama Islam
Mohd Suhaily berkata, siasatan itu dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan ke atas dua individu berhubung kenyataan berkaitan isu Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, siasatan itu dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Mereka disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Mohd Suhaily menegaskan kes itu masih lagi di peringkat siasatan, justeru orang ramai dinasihat supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
"Polis turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutamanya melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara," jelasnya.
Sebelum ini media melaporkan, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.
Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi MKI bertitah demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.
Justeru, Sultan Selangor mengharapkan agar ahli politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#akta hasutan
#bukan Islam
#siasatan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan