KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen ke-15 pada Isnin mengadakan prosiding pertama berhubung kekecohan membabitkan seorang warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akhir Jun lepas.
Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan memaklumkan prosiding tersebut menyentuh isu kekangan pengendalian proses Notis Penolakan Masuk (NTL) serta masalah bagi pelancong yang dikenakan notis NTL, aduan orang awam mengenai proses NTL dan cadangan penambahbaikan undang-undang selain sistem sedia ada.
Kenyataan itu menyebut prosiding berkenaan, yang dipengerusikan oleh Leong Jee Keeng (PH-Selayang), telah memanggil wakil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) untuk memberi penerangan.
Bagaimanapun, MOTAC tidak dapat menghantar wakil dan Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing, selain mempunyai komitmen yang tidak dapat dielakkan telah dinasihati oleh peguam bahawa sebarang kenyataan tidak sesuai dikeluarkan kerana insiden itu masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu prosiding ini tidak akan menyentuh mana-mana siasatan jenayah yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau PDRM, justeru tidak wujud pertindihan siasatan antara jawatankuasa tersebut dan SPRM atau PDRM.
"Adalah menjadi keperluan MOTAC hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa ini mengenai isu-isu berkaitan pengendalian proses NTL serta masalah bagi pelancong yang dikenakan notis NTL pada mesyuarat yang akan ditetapkan kelak," katanya.
Menurut jawatankuasa itu, wakil MATTA yang hadir memberi penerangan ialah Presidennya iaitu Nigel Wong, bekas Presiden Datuk Tan Kok Liang, Pengurus Besar Maziah Mihat, Exco Kerja Khas Datuk Hamzah Rahmat serta Naib Presiden Penyelidikan dan Teknologi Mohd Hizzat Mohd Shah.
Kenyataan itu menyebut prosiding berikutnya dijadualkan pada Rabu ini dan akan dibahagi kepada dua sesi iaitu penerangan daripada Kementerian Pengangkutan serta Malaysia Airports Holding yang disusuli oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen.
Pada 29 Jun lepas, kekecohan berlaku di KLIA membabitkan orang kenamaan yang dikatakan cuba 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023
Menurut kenyataan itu prosiding ini tidak akan menyentuh mana-mana siasatan jenayah yang dikendalikan oleh SPRM atau PDRM. - Gambar fail/Bernama
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
AS umum operasti jeti terapung sementara di Gaza
Amerika Syarikat umum operasi jeti terapung di Gaza untuk meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Kekejaman zionis: Israel mesti dihentikan! - Afrika Selatan di Mahkamah Dunia
Afrika Selatan gesa Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perintahkan penghentian serangan Israel ke atas Rafah.
Kekejaman zionis: Liga Arab gesa gencatan senjata di Gaza
Pemimpin Arab menggesa gencatan senjata segera di Gaza, penarikan tentera Israel dan pembatalan sekatan terhadap orang awam di Gaza semasa sidang kemuncak Liga Arab, di Bahrain, pada Khamis.
Mahkamah Tinggi benarkan petisyen penggulungan OCBC Bank terhadap subsidiari Sarawak Cable
Percubaan mendapatkan kelulusan pemiutang untuk skim pengaturan hutang melibatkan Leader Cable dan Universal Cable pada 26 Sept tidak berjaya.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
Menangis di depan Kaabah walaupun hakikatnya kami buta - OKU penglihatan
"Walaupun kami tak nampak, apabila berada di depan pintu Kaabah, kami berasa hiba dan terus menangis sebab dapat merasakan kelainan dengan keadaan nyaman dan sejuk yang tidak sama dengan tempat lain."
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.