TUARAN: Struktur Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKMTPMA63) akan disusun semula bagi membolehkan perkara berbangkit daripada perjanjian itu dibincangkan dan diberi perhatian sewajarnya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penyusunan semula itu diperlukan kerana Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali tidak lagi bertanggungjawab dalam hal ehwal Sabah dan Sarawak susulan rombakan Kabinet Persekutuan, Disember lalu.
Armizan kini memegang portfolio sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
"Kita perlu menyusun semula struktur tersebut dan kemudian kita panggil mesyuarat untuk membentangkan kertas kerja yang baharu," katanya kepada pembertita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada MTPMA63 telah membincangkan mekanisme pelaksanaan bagi pembayaran balik 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah.
Fadillah berkata penstrukturan semula JKMTPMA63 antara lain membawa kembali Armizan ke jawatankuasa itu.
Katanya, beliau telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semalam dan membincangkan perkara berkaitan MA63.
"Kami telah duduk untuk mendapatkan arahan daripada beliau (Hajiji). Dan apa yang saya akan lakukan setakat MA63 berkenaan (ialah) akan mendapatkan kedua-dua Armizan dan juga (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) Datuk Ewon Benedick untuk duduk dalam jawatankuasa itu.
"Bermula dari situ, kita akan mulakan perbincangan," kata Fadillah yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal Sabah dan Sarawak.
Pada Disember tahun lepas, Ewon, yang juga ahli MTPMA63 dan JKMTPMA63, mencadangkan rangka mekanisme untuk pembayaran balik 40 peratus daripada hasil Persekutuan kepada Sabah dan akan mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan Persekutuan dan Sabah.
Ahli Parlimen Penampang itu berkata rangka kerja mekanisme yang dicadangkan itu mengambil kira isu teknikal berkaitan ketersediaan data berkaitan kutipan hasil Persekutuan di Sabah sejak 1974, bertujuan untuk pendekatan yang lebih praktikal dan bergerak ke hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penyusunan semula itu diperlukan kerana Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali tidak lagi bertanggungjawab dalam hal ehwal Sabah dan Sarawak susulan rombakan Kabinet Persekutuan, Disember lalu. - BERNAMA
AWANI Ringkas: Dibebaskan tanpa syarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] SQ321 | KLN sahkan 9 penumpang, 1 anak kapal dalam keadaan stabil
Wisma Putra sahkan 9 rakyat Malaysia termasuk 1 krew merupakan mangsa gelora udara pesawat Singapore Airlines Penerbangan SQ321 dari London ke Singapura. 8 daripadanya menerima rawatan di dua hospital berasingan di Bangkok dan berada dalam keadaan stabil.
Gordon Bell, pencipta minikomputer meninggal dunia
Kemajuan teknologi minikomputer membuka jalan kepada terciptanya PC desktop lebih kecil dan kini komputer mudah alih di tangan anda sekarang.
Sembilan rakyat Malaysia antara mangsa insiden gelora udara Singapore Airlines
Lapan orang daripada mereka mengalami kecederaan dan sedang dirawat di dua buah hospital di Bangkok.
TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Tekad kerajaan Madani laksana rasionalisasi subsidi
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS)
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Perkasa PMKS melalui sistem kawalan dalaman
Kupasan bersama Profesor Madya Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM, Profesor Madya Dr Mazlina Mustapha.
Persidangan Nikkei 2024: Kepimpinan Asia dalam ketidaktentuan dunia
Amir Fareed Rahim, Pengarah Strategi KRA Group berkongsi antara jangkaan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei).
Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 akan disusun semula - Fadillah
Ia bagi membolehkan perkara berbangkit daripada perjanjian itu dibincangkan dan diberi perhatian sewajarnya.