PELABUHAN KLANG: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merancang untuk membina sebuah pusat pelupusan al-Quran baharu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi meningkatkan keupayaan melupuskan naskhah suci tersebut, dengan tatacara yang benar.
Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam yang beroperasi di Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur, setakat ini hanya mampu melupuskan sebanyak 150 kilogram (kg) naskhah al-Quran yang rosak atau musnah dalam masa sehari.
Beliau berkata dengan adanya pusat pelupusan baharu tersebut, keupayaan melupuskan naskhah suci boleh dipertingkatkan sebanyak tiga kali ganda berbanding kadar sedia ada, iaitu sehingga sekitar setengah tan sehari menggunakan teknologi moden.
"Jika ia diluluskan dan ada peruntukan, proses pelupusan akan menjadi lebih pantas, kerana kita telah melakukan dengan beberapa pihak dan ia menggunakan teknologi yang lebih maju, bukan secara manual.
"Setakat ini, (pembinaan pusat pelupusan) masih dalam perancangan dan kita akan utarakan ke pihak yang lebih tinggi untuk dapatkan kelulusan bajet dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Program Pemuliaan al-Quran JAWI Bersama Jabatan Laut Malaysia di sini pada Rabu.
Terdahulu sebanyak 6.8 tan abu al-Quran dibawa dalam bentuk bongkah menaiki kapal MVPEDOMAN sejauh 12 batu nautikal dari Pelabuhan Klang untuk dilupuskan di tengah lautan. Pelupusan abu ayat suci itu dikendalikan oleh Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam.
Mohd Ajib berkata abu tersebut merupakan hasil daripada lebih 30,800kg naskhah al-Quran yang rosak atau musnah akibat banjir di sekitar Pahang dan Selangor pada tahun lepas, dan sejumlah naskhah yang dihantar sendiri beberapa pihak lain untuk dilupuskan.
"Program ini turut mendapat kerjasama daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
"Kita mempunyai tatacara untuk mengendalikannya, seperti prosedur yang diberikan dalam satu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992 yang mencadangkan al-Quran yang telah rosak dibakar, ditanam atau dilupuskan di tengah laut yang mana airnya mengalir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
Anak kapal Pedoman membuat persediaan sebelum melepaskan ketulan abu Al-Quran yang telah dikeringkan ke dalam laut pada Program Pemuliaan Al-Quran JAWI dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia di Perairan Selangor. -Bernama
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Jemaah wanita dinasihat kurangkan pergerakan jika disahkan hamil
Ada nasihat siberikan Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong kepada jemaah haji wanita yang disahkan hamil semasa musim haji baik sebelum atau selepas tiba di Tanah Suci.
Jawi tambah pusat pelupusan al-Quran, tingkat produktiviti harian
Dengan adanya pusat pelupusan baharu tersebut, keupayaan melupuskan naskhah suci boleh dipertingkatkan sebanyak tiga kali ganda berbanding kadar sedia ada.