awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran sedia berdepan ‘perang habis-habisan' dengan Barat - Presiden Masoud Pezeshkian
Thailand-Kemboja capai gencatan senjata, 18 tentera akan dibebaskan
EPL: Aston Villa bangkit tundukkan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu

Bernama
Bernama
06/05/2024
20:00 MYT
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijadual merasmikan Karnival TEKUN Madani dan Showcase SDSI di Kuala Penyu pada 11 Mei ini, sempena sambutan Pesta Kaamatan pada 10 hingga 12 Mei. - Foto Facebook KUSKOP
KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menganjurkan Karnival TEKUN Madani dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sempena sambutan Pesta Kaamatan di Kuala Penyu pada 10 hingga 12 Mei ini.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata sempena Pesta Kaamatan itu, agensi di bawah KUSKOP akan turut mengadakan reruai dan kaunter perkhidmatan, termasuk memberi penerangan mengenai keusahawanan dan koperasi.
"Pada karnival ini juga, kita akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023," katanya menerusi kenyataan semalam.
Beliau berharap orang ramai yang mengunjungi karnival itu, mengambil peluang mendapatkan maklumart pembangunan keusawahanan, terutama pembiayaan, geran, latihan dan, promosi antarabangsa yang disampaikan oleh agensi-agensi di bawah KUSKOP.
"Saya berharap melalui inisiatif ini, sambutan Pesta Kaamatan bukan setakat acara kebudayaan tetapi juga menjadi platform membina dan membangunkan gerakan keusahawanan dan koperasi negara," katanya sambil menambah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dijadual merasmikan karnival itu pada 11 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pesta Kaamatan
#Kuskop
#Karnival TEKUN Madani
#Ewon Benedick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan