KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung nahas melibatkan helikopter miliknya di Subang semalam.
Bahagian Pengurusan Korporat JBPM berkata, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian yang berlaku ketika helikopter masih belum memulakan penerbangan.
"JBPM akan mengambil tindakan susulan selaras dengan dapatan serta arahan dan prosedur semasa yang berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan tiga pegawai JBPM dan empat jurutera selenggara terlibat dalam nahas helikopter di Dispersal Universiti Kuala Lumpur, Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (kawasan apron UniKL MIAT) Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Nahas pada 11.45 pagi itu melibatkan helikopter model Agusta AW189 milik JBPM dengan nombor pendaftaran 9M-BOF yang ketika kejadian sedang menjalani ujian penerbangan.
Menurut kenyataan itu, helikopter berkenaan menjalani pengujian enjin dan sistem pesawat yang merupakan prosedur biasa yang dilaksanakan setelah pesawat menjalani penyelenggaraan berkala, pada 11.40 pagi.
"Setelah beberapa ketika pesawat berada dalam pengujian tersebut, berlaku kemalangan ke atas pesawat yang mana pada ketika itu ia masih belum membuat penerbangan.
"Keadaan cuaca semasa kejadian dilaporkan mendung, tanpa sebarang halangan di tempat kejadian," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, pesawat terbabit dikendalikan oleh Komander Pesawat, Timbalan Penguasa Bomba II Hasrizal Kamaruzzaman.
Beliau dibantu Penolong Kanan Penguasa Bomba Che Muhammad Azlan Che Mohammad (juruterbang) dan seorang Air Quartermaster, Pegawai Kanan Bomba I Fua’ad Jamaluddin.
Selain itu, empat kru senggaraan daripada Syarikat Galaxy Aerospace Sdn Bhd turut berada di dalam pesawat iaitu ketua jurutera Muhammad Mohd Taib, jurutera avionik Ahmad Zhafri Mohd Nor dan dua pelatih, masing-masing Mohammad Zhafir Mohammad dan Ryan Xavier Julius.
"Kesemua anak kapal dan kru senggaraan yang terlibat mendapat rawatan dan pemeriksaan awal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
"Mangsa dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan kecuali seorang kru senggaraan yang mengadu sakit pinggang dan diarah membuat pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran.
"Setelah pemeriksaan rapi dibuat, beliau dibenarkan pulang dan dilaporkan dalam keadaan selamat," katanya.
Afiezy Azaman
Sun Jul 23 2023
Nahas melibatkan helikopter model Agusta AW189 milik JBPM dengan nombor pendaftaran 9M-BOF yang ketika itu sedang menjalani ujian penerbangan pada 11.45 pagi Sabtu. - Foto Sinar Harian
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naím Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naím Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.
Tanah jerlus Masjid India: ‘Takut bila ingat kejadian semalam’ - Peniaga
Pemilik kedai berhadapan lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Al Amin Abdul Kassim memaklumkan bimbang dengan keselamatan.
25 individu terperangkap akibat kejadian kepala air
Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, tengah hari Ahad.
Tiga kilang perabot di Sungai Buloh hangus terbakar
Tiga buah kilang perabot musnah dalam kebakaran berhampiran Kampung Baru Sungai Buloh, pada Ahad.
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
JBPM beri keutamaan naik taraf, selenggara BBP lama
JBPM akan memberi keutamaan menaik taraf serta menyelenggara kemudahan balai bomba dan penyelamat yang lama menerusi bajet inisiatif diterima.
JBPM sasar periksa 17,000 bangunan tahun ini - Nga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan untuk memeriksa sejumlah 17,000 bangunan daripada pelbagai kumpulan maksud kegunaan, pada tahun ini.