BATU PAHAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia menggerakkan kira-kira 600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS) bagi menyertai 24,000 pegawai dan anggota jabatan berkenaan dalam operasi ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pegawai PBBS berkenaan akan ditugaskan bagi menghadapi situasi menyelamat ketika bencana banjir atau ribut mengikut lokasi balai bomba yang berhampiran kediaman masing-masing.
Beliau berkata kesemua pegawai PBBS itu merupakan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Bagaimanapun, pegawai PBBS ini perlu mendaftarkan diri di balai bomba berhampiran terlebih dahulu bagi membolehkan mereka menyertai anggota bomba yang bertugas pada musim monsun kali ini.
"Kita amat menggalakkan penyertaan mereka, selain dapat mempraktikkan ilmu kebombaan yang ada ia juga dapat mengisi penggiliran serta menambah bilangan anggota yang bertugas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan PBBS UTHM di sini pada Isnin.
Pada majlis berkenaan 46 pegawai PBBS UTHM menerima sijil pentauliahan masing-masing.
Nor Hisham berkata 24,000 anggota yang ditugaskan ketika musim MTL kali ini terdiri daripada 14,500 pegawai dan anggota tetap, 2,000 anggota bomba bantuan dan hampir 8,000 anggota bomba sukarela, dengan 1,150 aset diletakkan dalam keadaan siap siaga.
Dalam pada itu, menurutnya bagi menambah lagi bilangan pegawai PBBS pada masa akan datang pihaknya menyasarkan enam universiti menyertai program Kor Siswa Bomba menjelang 2025.
"UTHM merupakan universiti yang paling ramai melahirkan pegawai PBBS dan hingga hari ini seramai 268 berjaya menerima sijil tauliah, manakala bakinya daripada USIM dan UiTM.
"Selain bertugas di balai bomba berhampiran, pegawai PBBS ini juga berpeluang bekerja di premis swasta melalui program Pengurus Keselamatan Kebakaran dan mengikut rekod sebanyak 8,000 premis didaftarkan dengan bomba," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Nor Hisham berkata kesemua pegawai PBBS itu merupakan pelajar UTHM, USIM dan UiTM. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
JBPM sedia gerakkan 600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa hadapi MTL
JBPM bersedia menggerakkan kira-kira 600 PBBS bagi menyertai 24,000 pegawai dan anggota jabatan berkenaan dalam operasi ketika musim MTL.
Bomba cadang forensik kebakaran sebagai bidang pengajian di universiti
Siasatan forensik kebakaran yang dilakukan secara saintifik kini sudah menjadi satu keperluan dalam industri insurans serta membantu penaksir menyiasat dan menyelaraskan tuntuntan insurans.