awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM sediakan 1,800 aset hadapi kemungkinan banjir

Bernama
Bernama
22/09/2022
00:15 MYT
JBPM sediakan 1,800 aset hadapi kemungkinan banjir
Mohammad Hamdan beramah mesra bersama anggota Bomba ketika hadir pada Majlis Taklimat Persedian Menghadapi Monsun Timur Laut di JBPM Kedah, Alor Setar, semalam. --fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan sebanyak 1,800 asetnya sebagai persiapan menghadapi kemungkinan bencana banjir ekoran Monsun Timur Laut (MTL) pada tahun ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata aset tersebut melibatkan operasi di darat, air dan udara termasuk sembilan helikopter yang akan memantau kawasan berisiko.
"Helikopter ini kita sediakan mengikut pangkalan udara yang kita ada beroperasi seperti di Miri, Sarawak untuk operasi di Borneo, zon tengah dan selatan kita ada pangkalan udara di Subang, Selangor.
"Bagi kawasan utara dan pantai timur pula kita ada di Bertam, Pulau Pinang. Sembilan helikopter ini kami sediakan untuk kerja-kerja pemantauan dan kerja-kerja penyelamatan selain penyaluran bantuan yang diperlukan semasa bencana," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat persediaan menghadapi MTL oleh JBPM Kedah, di sini semalam.
Menurutnya pada masa sama, JBPM membuat pemantauan ke lokasi dikenal pasti menerusi tinjauan udara menggunakan dron bagi melihat perubahan keadaan agar tindakan segera dapat dilakukan.
Mohammad Hamdan berkata pihaknya juga akan membekukan cuti kepada anggota JBPM mengikut keperluan dan situasi semasa agar jabatan itu dapat mengoptimumkan perkhidmatannya semasa banjir.
Dalam pada itu, beliau berkata walaupun ada negeri yang tidak tersenarai sebagai 'hotspot' banjir pada musim MTL ini, pihaknya akan tetap bersiap siaga memandangkan bencana itu boleh berlaku tanpa diduga.
"Daripada pengalaman kita tahun lepas, ada 'hotspot' yang kita tidak jangka, tapi berlaku banjir dengan begitu parah sekali menyebabkan satu kejutan kepada komuniti di kawasan berkenaan dan untuk operasi penyelamatan serta pemindahan mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#banjir
#aset bomba
#Mohammad Hamdan Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan