PUTRAJAYA : Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan empat perolehan diluluskan Kementerian Kewangan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bernilai RM291.4 juta.
Menurut beliau, perolehan itu bagi memperkukuhkan agenda kementerian berkenaan dalam mengukuhkan perkhidmatan bomba dan penyelamatan negara.
Reeza berkata, perolehan itu merangkumi Fire and Rescue Boat (FRB), Compact Fire Rescue Tender (CFRT) serta fasiliti latihan.
Katanya, perolehan bagi jentera-jentera penting bomba yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan merangkumi enam buah Fire and Rescue Boat (FRB) bernilai RM15.5 juta, lima unit Urban Search and Rescue (USAR) bernilai RM7.5 juta dan perolehan 150 unit Compact Fire Rescue Tender (CFRT) bernilai RM145.8 juta.
"Kedua perolehan bagi pembangunan projek Command, Control, Communications, Computers and Intelligent (C4iFRDM) bagi mempertingkatkan lagi sistem komunikasi kecemasan JBPM dengan kelengkapan teknologi maklumat yang terkini dan sistematik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Pindaan) 2021, di sini, pada Isnin.
Daripada perolehan itu, tambah Reezal, hampir RM40 juta diperuntukkan bagi pembangunan Fasa 3 Akademik Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Terengganu.
Ia meliputi pembangunan fasiliti latihan seperti pembinaan Simulator Swift Water Training, Water Rescue Training Complex, Highway Emergency and Traffic Accident Rescue dan Industrial Fire Fighting Simulator.
"Kerajaan juga telah meluluskan permohonan bagi projek Pejabat Pangkalan Udara (MOB) Bomba di Subang bernilai RM33.6 juta yang merangkumi pembinaan bangunan pentadbiran, hangar, stor logistik, bengkel kejuruteraan, heliport, stesen bahan api pesawat dan lain-lain kemudahan," jelas beliau lagi.
Fareez Azman
Mon Sep 19 2022

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan empat perolehan diluluskan Kementerian Kewangan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bernilai RM291.4 juta. - Gambar BERNAMA

Jualan mercun, bunga api dalam talian dilarang - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada aduan berkaitan penjualan secara dalam talian dikesan.

TH gantung lesen pengelola jemaah haji syarikat Emraz Travel
Keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam berkenaan perkhidmatan umrah yang diberikan syarikat tersebut.

Sherie Merlis kesal berita palsu dia meninggal dunia
Kata Sherie, berita berkenaan telah mengejutkan ahli keluarganya dan mula menghuru-harakan keadaan.

Bekalan telur sepanjang Ramadan, Aidilfitri mencukupi - FAMA
Pengeluar cuba untuk memenuhi keperluan pengguna tetapi penghasilan bagi telur gred tersebut juga bergantung kepada umur ayam yang diternak.

Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Mei depan.

Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling digantung operasi
Enam stesen LRT laluan Ampang/Sri Petaling ditutup ekoran tren tidak boleh beroperasi di laluan itu atas faktor keselamatan. Sehubungan itu, perkhidmatan bas percuma digerakkan bagi membantu penumpang dan operasi di laluan terjejas.

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Reezal Merican tawar diri rebut kerusi Naib Presiden UMNO
Reezal Merican berkata, keputusan diambil bagi menegakkan tiga visi utama iaitu khidmat, keutamaan dan kesetiaan kepada parti tersebut.

Kabinet Perpaduan: Reezal Merican ucap tahniah kepada Nga Kor Ming
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada Nga Kor Ming yang dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu.

PRU15: Legasi BN sudah 'terkubur' di P. Pinang, gagal tawan walau satu kerusi
Daripada 13 kerusi Parlimen di negeri itu, DAP menang 10 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) berjaya tawan tiga kerusi.

PRU15: Rakyat mahukan kerajaan lebih stabil - Reezal Merican
Pengalaman berada di bawah kerajaan PH selepas PRU14 sudah cukup menjadi pengajaran.

PRU15: Reezal Merican dijanji jawatan menteri jika menang - Ismail Sabri
Reezal Merican Naina Merican dijanjikan jawatan menteri sekali lagi sekiranya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri.

PRU15: Ismail Sabri banyak pengalaman, calon PM terbaik - Reezal Merican
Pengalaman memegang pelbagai portfolio menteri menjadikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri yang terbaik untuk Malaysia.

PRU15: Yakin PM ambil kira semua faktor, langkah sebelum umum tarikh - Reezal Merican
UMNO yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengambil kira semua faktor dan langkah sebelum mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bomba siap siaga hadapi musim banjir - Reezal Merican
Seramai 29,103 anggota JBPM dari pelbagai peringkat telah bersedia termasuk lebih 2,000 aset darat, udara dan marin.

JBPM terima perolehan aset dan penambah baikan fasiliti RM291.4 juta - Reezal
Perolehan itu bagi memperkukuhkan agenda kementerian berkenaan dalam mengukuhkan perkhidmatan bomba dan penyelamatan negara.

98,000 rumah PPR disiapkan di seluruh negara - Reezal Merican
Sebanyak 98,000 unit rumah daripada 156 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara telah disiapkan setakat 5 Sept lepas membabitkan kos berjumlah RM11.6 bilion.