Juara lapan kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan lagi kedudukan teratas Liga Super, selepas membenam Petaling Jaya (PJ) City FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Serangan bertali arus skuad Harimau Selatan sejak permulaan perlawanan, menyaksikan gol pendahuluan hadir menerusi penyerang import dari Brazil, Bergson da Silva pada minit ke-23.
Selang tiga minit kemudian, JDT terus meningkatkan jurang apabila sepakan percuma Fernando Martin Forestieri menepati sasaran pada minit ke-26.
Bersambung babak kedua, pemain sensasi JDT, Bergson sekali lagi membolosi gawang PJ City FC pada minit ke-65.
Lima minit sebelum wisel penamat, skuad kendalian Benjamin Mora terus menambah derita buat pasukan pelawat apabila Fernando sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-85.
Sementara itu, Selangor FC gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri, apabila sekadar seri 1-1 menentang Sabah FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Skuad Gergasi Merah memulakan perlawanan dengan baik menerusi jaringan minit ketiga daripada penyerang sensasi dari Brazil, Herlison Caion yang melengkapkan hantaran daripada pemain muda Mukhari Ajmal Mahadi.
Namun, Sabah berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua apabila pemain sayapnya, Saddil Ramdani berjaya mengawal bola dengan kemas serta mengelirukan pasukan pertahanan Selangor sebelum menyudahkan gol melalui ledakan padu pada minit ke-53.
Keputusan malam tadi menyaksikan JDT kekal di tangga teratas dengan 22 mata selepas lapan perlawanan, diikuti Sabah dengan 19 mata daripada sembilan perlawanan, manakala Selangor (12 mata) dan PJ City (sembilan mata) masing-masing berada di kedudukan keenam dan kesembilan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022
![JDT benam PJ City 4-0, kukuh kedudukan teratas liga JDT benam PJ City 4-0, kukuh kedudukan teratas liga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656451320_JDT.jpg)
Pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Silva dihalang pertahanan PJ City FC Mohammad Raffi Nagoorgani pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Jun 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM umum berita gembira mengenai barangan makanan hari ini - Fahmi
- Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel
- MCMC mohon TikTok, Telegram turun kandungan didakwa kertas siasatan kes Zayn Rayyan
#AWANInews #AWANIPagi
- PM umum berita gembira mengenai barangan makanan hari ini - Fahmi
- Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel
- MCMC mohon TikTok, Telegram turun kandungan didakwa kertas siasatan kes Zayn Rayyan
#AWANInews #AWANIPagi
Jenayah: Dua lelaki didakwa sindiket Trojan Spymax
Dua lelaki rakyat Malaysia yang dilaporkan diektradisi ke Singapura, hari ini disyaki ahli satu sindiket penipuan antarabangsa dikenali sebagai Trojan Spymax.
Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.70-RM4.71 berbanding Dolar AS minggu depan, susulan tumpuan terhadap keputusan kadar faedah Bank Pusat Australia dan data ekonomi global.
Fasa penstabilan Bursa Malaysia berterusan minggu depan
Bursa Malaysia dijangka terus stabil minggu depan dengan FBM KLCI diniagakan antara 1,600-1,620. Pelabur mungkin mengurangkan dagangan sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
![Shereen tidak 'puas hati', mahu tampil lebih baik Shereen tidak 'puas hati', mahu tampil lebih baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681623020_ShereenSamsonValla.jpg)
Shereen tidak 'puas hati', mahu tampil lebih baik
Shereen memandang ke hadapan untuk mempamerkan prestasi lebih baik pada Terbuka Kazakhstan selepas hanya mencatatkan masa 52.45 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2024.
Switzerland tewaskan Hungary 3-1 dalam aksi Kumpulan A
Switzerland tampil bergaya membuka kempen Euro 2024 setelah menewaskan Hungary dengan kemenangan 3-1 di Stadium Cologne pada Sabtu malam.
Ia sekaligus mungkin menjadi penentu untuk negara itu mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kumpulan Euro 2024.
Ia sekaligus mungkin menjadi penentu untuk negara itu mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kumpulan Euro 2024.
Sidang kemuncak damai Ukraine di Switzerland: Penolakan terma gencatan Rusia
Sidang kemuncak di Switzerland membincangkan penyelesaian konflik Rusia-Ukraine. Pemimpin Itali dan Jerman menolak terma gencatan senjata Putin sebagai propaganda dan keamanan diktator.
Ribuan warga Israel banjiri jalan Tel Aviv, desak Netanyahu
Ribuan warga Israel membanjiri beberapa jalan di Tel Aviv pada Sabtu malam sebagai protes terhadap kekejaman Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Protes itu antara lain menuntut pilihanraya diadakan serta menuntut perjanjian pembebasan tebusan dan mengkritik kerajaan rejim itu dalam mengendalikan peperangan menentang Hamas.
Protes itu antara lain menuntut pilihanraya diadakan serta menuntut perjanjian pembebasan tebusan dan mengkritik kerajaan rejim itu dalam mengendalikan peperangan menentang Hamas.
Netanyahu ikrar tumpaskan Hamas, bawa pulang tebusan
PM Israel, Netanyahu, ikrar kekal dengan misi perang untuk tumpaskan Hamas dan bawa pulang tebusan, walau prospek gencatan senjata semakin kabur.
Kekejaman zionis: Qatar, Mesir rancang jumpa Hamas bincang gencatan senjata
Penasihat keselamatan White House, Jake Sullivan sahkan pengantara Qatar dan Mesir rancang untuk libatkan Pejuang Hamas bagi melihat sama ada terdapat cara meneruskan cadangan gencatan senjata Gaza yang ditawarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
![Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718466887_FernandoMartinFore.jpg)
Piala FA: JDT laung amaran, Sabah berpesta gol di Likas
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) melaungkan amaran dalam misi mempertahankan gelaran selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-0.
![Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716845129_SuspekKekeceohan.jpg)
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
![Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716721427_TBpolis.jpg)
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT
Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.
![Liga Super: JDT belasah KL City 5-1 Liga Super: JDT belasah KL City 5-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716672474_LigaSuper.jpg)
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
![Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716261856_TBLigaSUper.jpg)
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1.
![Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715894088_MalaysianFootballL.jpg)
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
![JDT terus kuasai Asia Tenggara JDT terus kuasai Asia Tenggara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715582218_JDT.jpg)
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
!['Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail 'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715356181_TBJDT.jpg)
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
![Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715237451_SelangorFCjpg.jpg)
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
![JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715159717_JDTLogo.jpg)
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.