ISKANDAR PUTERI: Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) melaungkan amaran dalam misi mempertahankan gelaran selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 4-0 pada perlawanan pusingan pertama Piala FA 2024/2025 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam ini.
Skuad Harimau Selatan itu akan berdepan pasukan semi-pro Liga A1, Malaysian University yang mengejutkan PDRM 3-0 Rabu lepas, pada peringkat suku akhir yang dijadual bermula hujung bulan ini.
Pada aksi malam ini, JDT terpaksa menunggu sehingga ke penghujung separuh masa pertama untuk membuka tirai jaringan menerusi tandukan penyerang import sensasi Fernando Forestieri yang menerima hantaran dari Murilo Henrique pada minit ke-44.
Pasukan tuan rumah kendalian Hector Bidoglio menambah jaringan pada minit ke-61 selepas penyerang gantian Romel Morales berjaya menyambar bola muntah tampanan KDN Mohd Muhaimin Mohamad selepas penjaga gol itu bertindak cemerlang menyelamatkan penalti diambil Juan Muniz.
Percaturan Bidoglio terus tampak berhasil apabila seorang lagi pemain gantian Francisco Geraldes mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-81 sebelum pemain sayap sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi melengkapkan kejayaan JDT menerusi penalti pada masa tambahan babak kedua.
JDT berpeluang merangkul gelaran Piala FA keempat selepas memenanginya pada musim 2016, 2022 dan 2023 sementara Johor FA pernah muncul juara pada 1998.
Di KOTA KINABALU, pasukan tuan rumah Sabah FC menempah tiket ke suku akhir dengan bergaya selepas berpesta gol membelasah pasukan Liga A1 Kuala Lumpur (KL) Rovers 7-0 pada satu lagi aksi pusingan pertama di Stadium Likas.
Penyerang import skuad Sang Badak Ramon Machado paling mencuri tumpuan apabila menjaringkan hatrik selepas meledak gol masing-masing pada minit ke-28, 45 dan minit ke-59.
Empat lagi gol skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu masing-masing dijaringkan Saddil Ramdani pada minit ke-17, Park Tae-su (51'), Jafri Firdaus Chew 73') dan jaringan sendiri Raffli Nagoorgani pada masa tambahan babak kedua.
Menanti Sabah yang merangkul gelaran tunggal Piala FA pada 1995 di pusingan lapan terbaik ialah juara dua kali Terengganu FC.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
Pemain JDT, Fernando Martin Forestieri (dua, kiri), diasak penjaga gol Kelantan Darul Naim FC Mohd Muhaimin Mohamad (tiga, kanan) pada perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - Foto BERNAMA
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Nidzam puas hati tapi mahu kemenangan jadi satu kebiasaan buat Selangor
Ketua Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil berpuas hati dengan persembahan dan kedudukan pasukan bimbingannya dalam kesemua kejohanan sebelum jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 7-15 Okt ini.
Faisal Halim jatuh cinta dengan hobi baru?
Dalam satu video yang tular di media sosial, Faisal sedang melakukan 'strike' selepas umpan terkena seekor ikan.
Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
PM Anwar ucap tahniah kepada JDT menang Piala FA
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada pasukan JDT atas pencapaian menjulang Piala FA selepas menewaskan Selangor FC semalam.
'Kami tak buat janji kosong' - TMJ
Pasukan JDT tidak mencipta drama atau konspirasi sebaliknya membuktikan keupayaan mereka dengan memenangi setiap perlawanan.
Piala FA: JDT pertahan kejuaraan selepas belasah Selangor 6-1
Johor Darul Tazim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Amirudin mahu Selangor pamer aksi terbaik, rampas Piala FA
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mahu pasukan Selangor FC berjuang sehabis baik dan merampas kembali Piala FA pada pertemuan dengan JDT malam ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Ogos 2024.