awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT kekalkan Forestieri

Bernama
Bernama
21/01/2024
09:29 MYT
JDT kekalkan Forestieri
Dua minggu selepas diumumkan bakal meninggalkan Harimau Selatan, JDT membuat pusingan U apabila mengekalkan ayam tambatan berusia 34 tahun itu. - Facebook
KUALA LUMPUR: Penyerang kelahiran Argentina Fernando Forestieri kekal bersama juara 10 kali berturut-turut Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) bersama tiga lagi pemain import baharu bagi saingan musim 2024-2025.
Dua minggu selepas diumumkan bakal meninggalkan Harimau Selatan, JDT membuat pusingan U apabila mengekalkan ayam tambatan berusia 34 tahun itu.
Ketua Pegawai Eksekutif JDT Alistair Edwards berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama pemilik kelab Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Forestieri dan beliau sendiri.
"Penyerang berbisa ini akan kekal bersama JDT bersama tiga pemain antarabangsa baharu untuk mengukuhkan pasukan secara strategik di beberapa posisi untuk musim 2024-25," katanya dalam kenyataan dimuat naik di laman sosial Johor Southern Tigers hari ini.
Pada 7 Jan lepas, JDT mengesahkan Forestieri akan meninggalkan JDT sambil mengucapkan terima kasih atas khidmat pemain berbisa yang menyertai kelab itu pada permulaan musim 2022.
Forestieri merupakan sebahagian daripada skuad Harimau selatan yang mencipta sejarah memenangi double quadruple pada 2022 dan 2023.
Mempunyai keupayaan bermain selaku penyerang dan sayap kiri, beliau telah meledak 47 gol dan 21 bantuan jaringan sepanjang 69 penampilan bersama JDT.
Bekas pemain bawa 21 tahun Itali itu sebelum ini pernah menyertai beberapa kelab di Eropah antaranya Malaga, Watford dan Udinese.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Fernando Forestieri
#penyerang
#Harimau Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan