awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas

Kabeer Aziz
Kabeer Aziz
09/02/2026
02:40 MYT
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Suspek berusia 52 tahun dilaporkan mencederakan dan mengugut seorang pesara warga tempatan berusia 69 tahun berpunca daripada insiden kemalangan kecil berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex, Batu 9 Cheras, pada Ahad. - Gambar ihsan PDRM
KAJANG: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 52 tahun bagi membantu siasatan kes mendatangkan cedera dan ugutan jenayah terhadap seorang pesara dalam insiden berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex, Batu 9 Cheras, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof memaklumkan, laporan diterima pada 8 Februari 2026, jam 4.49 petang, daripada mangsa, lelaki tempatan berumur 69 tahun, seorang pesara.
Kejadian dipercayai berpunca daripada kemalangan kecil melibatkan kenderaan mangsa dan suspek sebelum suspek bertindak memukul serta mengugut mangsa.
Suspek berjaya ditahan di kawasan Kajang pada 11.30 malam hari sama, dan kini direman dua hari untuk siasatan lanjut.
"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera, hukuman penjara sehingga 1 tahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya, serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika melibatkan ancaman bunuh." katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Ganesan Ramachandran di talian 012-608 9180 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang‑undang serta mengelakkan tindakan agresif di jalan raya bagi menjaga ketenteraman awam.
Topic Berkaitan
#ugutan
#jenayah
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan