awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran

Dagang News
Dagang News
09/02/2026
02:50 MYT
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
- Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Lebih 50 orang berhimpun di hadapan tapak pembinaan sebuah pusat data di Gelang Patah, Johor baru-baru ini menuntut supaya pencemaran habuk dihentikan serta pampasan diberikan.
Mereka yang mendakwa mewakili 1,000 penduduk dari empat kawasan perumahan berhampiran menyuarakan kebimbangan kemudahan itu akan menjejaskan bekalan air mereka.
Seorang penduduk, Venu Kannan Samraj, 42, berkata setiap hari dia perlu mencuci kereta dan setiap hari juga dia perlu membersihkan anjung serta balkoni.
"Saya tidak lagi boleh menghirup udara segar di rumah sendiri,” katanya lapor Bloomberg.
“Apabila saya pulang ke rumah, saya terus menutup pintu ruang tamu,” tambahnya lagi.
Penduduk mendakwa mereka tidak lagi boleh menjemur pakaian di halaman atau balkoni, manakala penulen udara menunjukkan tahap kualiti udara yang sangat berbahaya.
Penduduk mendakwa DC berkenaan terletak kurang daripada satu kilometer dari rumah terdekat.
Wakil pemaju bagaimanapun tidak menemui penduduk yang bersurai selepas 90 minit mengadakan protes di bawah pemantauan puluhan anggota polis.
BACA: Projek pusat data di Iskandar Puteri diarah henti kerja kerana langgar syarat - Exco
Malaysia telah muncul sebagai hab pusat data utama Asia Tenggara, menarik syarikat seperti Oracle Corp dan Amazon.com Inc hingga Alibaba Group Holding Ltd dan ByteDance Ltd - semuanya memerlukan kapasiti storan dan pemprosesan yang lebih besar apabila perkhidmatan AI yang intensif data semakin mendapat pengguna.
Gergasi teknologi menyasarkan negara ini berikutan kos yang relatif rendah dan infrastruktur yang boleh dipercayai, selain kedudukannya yang hampir dengan pusat perniagaan seperti Singapura.
Johor merupakan penerima manfaat terbesar daripada ledakan pusat data Malaysia sejak 2022, dengan meluluskan pelaburan pusat data berjumlah RM164.45 bilion setakat pertengahan 2025.
Ini menjadikannya hab pusat data dengan pertumbuhan terpantas di Asia Tenggara. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Gelang Patah
#protes
#pusat data
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan