Pasukan bola sepak negeri Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkenalkan jersi baharu pasukan mereka bagi kempen Liga Malaysia musim 2017/2018 selepas menjalinkan kerjasama dengan Nike Malaysia.
Kerjasama tiga tahun itu merangkumi empat pasukan di bawah naungan Harimau Selatan iaitu JDT I untuk saingan Liga Super, JDT II (Liga Perdana), JDT III (Piala Presiden) dan JDT IV bagi perlawanan Liga Belia.
Diinpirasikan dengan warna bendera negeri Johor, rekaan jersi kit pada musim ini didatangkan dengan tiga warna iaitu jersi tuan rumah berwarna biru, jersi di gelanggang lawan berwarna merah dan jersi alternatif berwarna hitam.
Turut diperkenalkan, jersi khas bewarna biru gelap berbelang hitam yang direka khas sempena kejayaan pasukan Harimau Selatan menjuarai Liga Super tiga tahun berturut turut.
Majlis pelancaran jersi berkenaan dirasmikan oleh Naib Presiden 1 JDT, Datuk Zulkurnain Kamisan sambil disaksikan oleh ribuan penyokong di Dataran Bandaraya Johor Baharu di sini, malam tadi.
-
Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.
Sementara itu, Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata kerjasama berkenaan mencerminkan bahawa Nike memiliki semangat kesukanan yang sama tinggi seperti pasukan JDT.
"Kita juga mempunyai keyakinan yang tinggi dengan teknologi dan inovasi yang ditawarkan oleh Nike dalam membantu meningkatkan prestasi pemain yang sudah sememangnya berbakat," katanya kenyataan sempena pelancaran jersi itu.
Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Nino Priambodo berkata penajaan ini adalah bukti kesungguhan jenama Nike dalam menyokong atlet tempatan dan semangat kesukanan.
Jersi baharu JDT ini boleh didapati di kedai sukan Al-Ikhsan terpilih bermula Februari depan pada harga RM139.
Ini merupakan kali kedua JDT menjalinkan kerjasama bersama Nike selepas 2015. Sebelum ini, JDT ditaja oleh syarikat barangan sukan dari Jerman, Adidas. -- Bernama
Bernama
Thu Jan 12 2017
Empat model menunjukkan jersi baru pasukan JDT 2017 pada Majlis Pelancaran Jersi Pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi musim 2017 di Dataran Bandaraya Johor Bahru. - Foto Bernama
Israel tawan semua akses bantuan ke Gaza selepas kuasai Koridor Philadelphi
Sekatan tentera Israel terhadap semua sempadan Semenanjung Gaza diperketat dan semua akses masuk bantuan telah ditawan.
Masdar UAE berminat melabur dalam industri tenaga hijau Sarawak - Abang Johari
Syarikat tenaga bersih di UAE, Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar (Masdar) berminat untuk melabur dalam industri tenaga hijau khususnya solar di Sarawak.
Mount Kinabalu International Climbathon kembali
Acara pendakian antarabangsa atau Mount Kinabalu International Climbathon yang terkenal di seluruh dunia kini kembali dilaksana semula selepas tujuh tahun pada 6 Oktober 2024 di Taman Kinabalu.
Rumah Panjai Luking, warisan zaman berzaman
Rumah Panjai iaitu rumah tradisi Iban amat sinonim dengan acara-acara keramaian yang lazimnya diadakan di ‘ruai’ iaitu ruang utama yang menghimpunkan penduduk.
Sarawak pastikan kualiti hidup rakyat meningkat
Kerajaan Sarawak berusaha dalam memastikan kualiti hidup rakyat terus meningkat dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif terutama sumber ekonomi baharu.
Utamakan perpaduan dan keharmonian, tanpa kira latar belakang
Lebih 7,000 tetamu beratur seawal jam 9 pagi untuk menyertai rumah terbuka Gawai Dayak di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching pada Sabtu
Promosi berleluasa, tanpa kawalan antara faktor pengaruhi remaja jadi perokok kekal - KKM
Di bawah Akta 852, KKM akan memperketatkan larangan penjualan, pembelian dan penggunaan semua jenis produk merokok kepada orang belum dewasa (OBD) yang berumur kurang 18 tahun.
Sambutan di Kampung Ta’ee pamer keunikan tradisi Bidayuh
Sambutan Gawai di Kampung Ta’ee Serian pula menampilkan keunikan adat dan tradisi kaum Bidayuh untuk dipromosikan kepada pengunjung luar negara.
Sambutan Kampung Spaoh Engkabang penuh tradisi
Sambutan Gawai di Kampung Spaoh Engkabang, Balai Ringin, Serian turut berlangsung meriah dan penuh tradisi.
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga 'mat rempit'
Membuat aksi 'Superman' membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan hari ini.
JDT perkenal jersi baru musim 2017/2018
Pasukan bola sepak negeri Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkenalkan jersi baharu pasukan mereka bagi kempen Liga Malaysia musim 2017/2018.