ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus unggul di persada Liga Super selepas membenam Melaka United FC 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam ini.
JDT dilihat seperti melepaskan geram pada aksi malam ini susulan tersingkir di pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara AFC, selepas tewas 0-5 kepada Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama 2002, Jepun, pada 19 Ogos lepas.
Terdahulu, skuad kendalian Hector Bidoglio yang menguasai perlawanan separuh masa pertama menjaringkan gol seawal minit 13 menerusi Fernando Martin Forestieri.
Pemain sensasi dari Brazil, Bergson Gustavo Silveira Da Silva juga tidak ketinggalan menghadiahkan dua jaringan masing-masing pada minit 32 dan 42.
Anak buah Mohd Asri Ninggal dilihat mempunyai peluang keemasan untuk membuat jaringan pada babak kedua perlawanan, menerusi Wan Zaharulnizam Wan Zakaria selepas menerima hantaran jauh Syahrul Azwari Ibrahim, namun gagal memanfaatkan peluang terhidang selepas penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli, menghadang jaringan pada minit 56.
JDT yang dihadiahkan sepakan percuma selepas Bergson dijatuhkan Mohamad Fakrullah Rosli pada minit 66, bagaimanapun, gagal menambah jaringan selepas sepakan yang diambil oleh Leandro Sebastian Velasquez berjaya ditepis penjaga gol Tian Keat See.
Percubaan Muhammad Safawi Rasid dalam kotak pada minit ke-79 juga kecundang selepas tendangannya ditepis Tian.
Namun begitu, Bergson melakukan kejutan dengan mencipta hatrik pada perlawanan kali ini selepas tendangan kencangnya membolosi gawang Melaka United FC pada minit ke 85, sekali gus mencatatkan jaringan ke-20 beliau dalam liga musim ini.
Kemenangan itu menyaksikan JDT mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 15 perlawanan dan mengumpul 41 mata, sekali gus memberi laluan cerah kepada Skuad Harimau meraih kejuaraan liga kali kesembilan berturut-turut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022
Pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Silva meraikan jaringan bersama rakan-rakan ketika menentang Melaka United pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim. - Foto BERNAMA
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
JDT sediakan fasiliti latihan terbaik untuk skuad B-17 negara
Skuad muda negara bimbingan Javier Jorda Ribera dijadual menjalani kem latihan pusat di Pasir Gudang, Johor sehingga Selasa depan.