awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeck Seng angkat sumpah Ahli Parlimen Tanjung Piai

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
18/11/2019
02:17 MYT
Jeck Seng angkat sumpah Ahli Parlimen Tanjung Piai
Dr Wee Jeck Seng angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai. -Astro AWANI
Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tanjung Piai selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) itu pada 16 November lalu.
Jeck Seng pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Piai bermula 2008 sebelum tewas kepada Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan 524 undi.
Beliau melafazkan sumpah dengan disaksikan ahli-ahli Parlimen lain di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.
Wee Jeck Seng angkat sumpah sebagai anggota Parlimen Tanjung Piai di Dewan Rakyat #TanjungPiaiMemilih #DewanRakyat #Parlimen14 #AWANInews #AWANIpagi pic.twitter.com/SFJenhK55r
— Astro AWANI (@501Awani) November 18, 2019
Pada PRK lalu, Jeck Seng mendapat majoriti yang lebih besar iaitu 15,086 undi.
Beliau memperoleh undi berjumlah 25,466 meninggalkan saingan daripada calon Pakatan Harapan iaitu Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.
Kemenangan Parlimen Tanjung Piai menjadikan penguasaan keempat bagi BN selepas PRK Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu, DUN Semenyih (2 Mac) dan DUN Rantau (13 April).
Sementara itu, Mohamad Ariff dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran Jeck Seng dan mengingatkannya untuk menggunakan Parlimen sebagai medan perdebatan bebas demi kebaikan rakyat dan negara.
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Barisan Nasional
#Dewan Rakyat
#Md Farid Md Rafik
#Parlimen Tanjung Piai
#pilihan raya umum
#PRU14
#Wee Jeck Seng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan