awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak**
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeffrey pulih COVID-19, dibenarkan pulang

Bernama
Bernama
16/01/2021
14:44 MYT
Jeffrey pulih COVID-19, dibenarkan pulang
Jeffrey dan isteri meninggalkan hospital itu pada 1 tengah hari selepas dimasukkan ke hospital sejak 4 Jan selepas disahkan positif COVID-19 pada 3 Jan. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan isteri telah discaj dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) selepas pulih daripada jangkitan COVID-19 hari ini.
Jeffrey dan Datin Seri Cecilia Kitingan meninggalkan hospital itu pada 1 tengah hari selepas dimasukkan ke hospital sejak 4 Jan berikutan mereka disahkan positif ujian COVID-19 pada 3 Jan.
"Saya bersyukur dengan tugas baik yang dilaksanakan oleh petugas barisan hadapan kita yang telah bekerja keras, mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk memerangi COVID-19," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jeffrey juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat mereka terutama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi, Pengarah QEH Dr William Gotulis, Ketua Unit Penyakit Berjangkit Dr Lee Heng Gee dan kakitangan Dr Rachel serta staf hospital yang menjaga mereka sepanjang tempoh dua minggu berada di hospital itu.
Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata 379 pesakit COVID-19 telah discaj hari ini.
Jumlah kumulatif pesakit pulih COVID-19 di Sabah kini 38,989 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Jeffrey Kitingan
#Datin Seri Cecilia Kitingan
#Pulih
#COVID-19
#dibenarkan keluar hospital
#positif
#rawatan
#kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan