awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejak Al-Haramain: Jangan kerap mandi, elak gatal kulit

Azizul Azwa
Azizul Azwa
12/05/2025
07:50 MYT
Jejak Al-Haramain: Jangan kerap mandi, elak gatal kulit
Mohd Hisham berkata, kegatalan pada kulit tidak boleh dipandang ringan, terutama jemaah yang mempunyai penyakit kencing manis atau diabetes. - Gambar/ Astro AWANI
MAKKAH: Jangan kerap mandi!

Ringkasan AI
  • Mohd Hisham Harun menasihatkan jemaah haji agar tidak kerap mandi untuk mengelakkan kegatalan pada kulit, terutama bagi mereka yang mempunyai diabetes.
  • Mandi terlalu kerap boleh menyebabkan kulit mengelupas dan gatal, ditambah dengan cuaca kering dan panas.
  • Jemaah haji disarankan menggunakan krim pelembab untuk mengelakkan kegatalan dan luka akibat menggaru.

Itu nasihat Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun, kepada jemaah haji, bertujuan mengelak kegatalan pada kulit badan.
Mandi terlalu kerap boleh menghilangkan minyak semula jadi pada kulit, menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan gatal.
Kegatalan pada kulit tidak boleh dipandang ringan, terutama jemaah yang mempunyai penyakit kencing manis atau diabetes.
Menurut Mohd Hisham, mandi yang terlalu kerap boleh menyebabkan kulit mengelupas dan gatal.
“Kita dapati ramai jemaah haji kita menghadapi penyakit kulit ataupun gatal-gatal ini disebabkan oleh mereka kerap mandi ataupun disebabkan cuaca kering dan panas.
“Jadi kita harap supaya mereka dapat menggunakan pelembab kulit terutamanya mereka yang ada penyakit diabetes kerana bila bergaru itu boleh luka,” katanya.
Katanya penyakit kulit atau gatal pada badan, adalah kedua tertinggi selepas batuk dalam kalangan jemaah haji dari Malaysia.
Justeru jemaah haji perlu menyapu krim pelembab pada badan bertujuan mengelak kegatalan pada kulit.
[INFOGRAFIK] Persediaan Mengerjakan Ibadah Haji
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#Jejak Al-Haramain
#haji 2025
#penyakit kulit
#cuaca panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan