Ini penting bagi mengelak sebarang kesulitan apabila pihak berkuasa Arab Saudi melakukan pemeriksaan, terutama di lokasi masuk Masjidil Haram.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, jemaah perlu segera melaporkan kepada Tabung Haji (TH) sekiranya kad Nusuk mereka hilang.
Malaysia menjadi negara pertama memperolehi kad Nusuk di luar Arab Saudi dan ia memudahkan pengurusan TH sejak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Katanya, TH telah bekerjasama dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, bersama pengendali bagi jemaah haji Malaysia iaitu syarikat Masyariq Holdings atau Al-Masiah.
Bagaimanapun, katanya bagi jemaah haji yang masih belum menerima kad Nusuk, TH juga boleh memberikad salinan visa haji dalam proses mendapatkan kad Nusuk.
“Jadi adalah amat penting supaya setiap jemaah haji sentiasa membawa kad Nusuk ini ke mana sahaja mereka pergi Jadi kad ini adalah kad yang membantu pihak berkuasa Arab Saudi untuk mengenal pasti jemaah haji.
“Ini kerana cuma jemaah haji yang sah sahaja, yang mempunyai visa haji yang sah sahaja yang dibenarkan masuk terutamanya ke dalam kawasan Mekah,” katanya.
Pihak berkuasa Arab Saudi, semakin hari meningkatkan kawalan dan mereka tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas ke atas jemaah yang tidak memiliki kad Nusuk.
