NATIONAL
Jejak Al-Haramain: Jemaah haji diingat tingkat ilmu, jangan buang masa sebelum wukuf

Antara anggota PIHTAS yang disediakan pihak Tabung Haji bagi membantu jemaah haji Malaysia di Tanah Suci. - Foto Astro AWANI
MAKKAH: Berbaki 20 hari menjelang wukuf di Arafah, jemaah haji Malaysia di Makkah meneruskan ibadah umrah, tawaf sunat dan beriktikaf di Masjidil Haram.
Ringkasan AI
- Jemaah haji Malaysia di Makkah meneruskan ibadah dan ulang kaji ilmu agama menjelang wukuf di Arafah, termasuk umrah, tawaf sunat, dan iktikaf di Masjidil Haram.
- Tabung Haji menyediakan bimbingan melalui PIHTAS dan e-TAIB, untuk memastikan jemaah memahami hukum ibadat dan dapat melaksanakan haji serta umrah dengan sempurna.
- Ceramah dan bimbingan yang disediakan dihargai oleh jemaah, yang merasakan ia membantu mereka mengulang kaji ilmu dan mengisi masa bermanfaat.
Bimbingan ibadat ditingkatkan di Makkah dengan ceramah utama yang menyentuh pelbagai aspek antaranya kelebihan Tanah Suci dan Masjidil Haram, fardu ain, rukun dan wajib haji, persediaan masyair dan ulang kaji fiqh wanita.
Menurut Pengarah Operasi Bimbingan TH, Shahrin Awaludin, antara objektif utama bimbingan tersebut ialah bagi memastikan jemaah dapat melaksanakan umrah dan haji dengan sempurna dan jelas mengenai hukum-hakam ibadah tersebut.
Seramai 40 pembimbing ibadat dan tiga pakar rujuk ditugaskan bagi musim haji kali ini.
Jemaah juga disediakan talian ibadat elektronik atau e-TAIB menerusi aplikasi TH-Hujjaj yang beroperasi 24 jam.
"Memang betul bilangan kita terhad, dan banyak soalan, dan ramai jemaah mahu bertanya kepada pembimbing kita, sebab itulah kita sediakan platform e-TAIB.
"Kita harap akan membantu jemaah untuk bertanya. Selain daripada melalui sistem e-TAIB ini, jemaah juga boleh telefon, selain berjumpa dengan pembimbing kita," katanya.
Bagi jemaah haji pula, mereka melihat ceramah yang disediakan membantu mereka mengulang kaji ilmu berkaitan dan memenuhi masa yang terluang.
Menurut seorang jemaah haji, Mustafa Haris, beliau berpuas hati dengan bimbingan PIHTAS sejak dari Kursus Perdana hingga tiba di Madinah dan Makkah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami