awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejak Al-Haramain: Tablet digital mudahkan pemeriksaan kesihatan

Azizul Azwa
Azizul Azwa
10/05/2025
22:45 MYT
Jejak Al-Haramain: Tablet digital mudahkan pemeriksaan kesihatan
Dr Abdullah Husam berkata melalui penggunaan tablet ini, petugas kesihatan dapat mengakses sistem i-Sihat dengan sistem MyVAS secara dalam talian. - Astro AWANI
MEKAH: Untuk pertama kalinya, khidmat kesihatan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci menggunakan tablet digital ketika melakukan pemeriksaan kesihatan.
Penyelaras Operasi Unit Kesihatan Awam Tabung Haji (TH), Dr Abdullah Husam Shukor berkata, teknologi itu membolehkan Program Lawatan Kesihatan dari bilik ke bilik di setiap maktab lebih pantas, teratur dan menyeluruh.
Ini adalah rutin pasukan kesihatan bagi memastikan jemaah haji sentiasa dipantau secara terperinci.
"Tahun ini, TH telah membekalkan petugas dengan tablet digital lengkap dengan kad SIM dan capaian internet. sekarang ini kalau kami pergi ke jemaah tersebut dalam sistem itu kita boleh tengok terus maklumat saringan," katanya.
Katanya melalui penggunaan tablet ini, petugas kesihatan dapat mengakses sistem i-Sihat dengan sistem MyVAS secara dalam talian, satu perubahan ketara berbanding kaedah manual yang menggunakan buku rekod yang diamalkan pada musim haji sebelum ini.
Transformasi digital ini, katanya menjadikan kerja petugas kesihatan lebih efisien kerana dapat mengetahui dengan segera status kesihatan jemaah, sama ada kategori hijau (sihat), kuning (berisiko) atau merah (penyakit kronik).
Selain kesihatan umum, Dr Abdullah Husam berkata ziarah ini turut membantu mengesan kes-kes penyakit tidak dilaporkan, termasuk penyakit mata dan luka ringan.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#tablet digital
#transformasi digital
#i-Sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami