NATIONAL
Jejak Al-Haramain: TH tunai badal haji jemaah meninggal dunia tahun ini

Mohd Hisham (tengah) memaklumkan, kedua-dua jemaah berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung. - Gambar/ Astro AWANI
MEKAH: Tabung Haji (TH) melaksanakan badal haji untuk dua jemaah dari Malaysia yang meninggal dunia baru-baru ini, bagi menyempurnakan ibadat haji mereka.
Ringkasan AI
- Tabung Haji (TH) melaksanakan badal haji bagi dua jemaah Malaysia yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menunaikan ibadah di Mekah.
- TH menasihati jemaah agar memakai pelitup muka kerana cuaca panas mencecah 44C dan jerebu, dengan bacaan IPU setinggi 180. Seramai 141 jemaah menerima rawatan akibat pelbagai masalah kesihatan.
- Pusat Rawatan TH di Madinah telah mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi, menjadikan Malaysia negara ketiga menerima kelulusan tersebut.
“Seterusnya kematian kedua pada Isnin 5.10 pagi, di mana Allahyarham (Abdullah Mat) sedang melaksanakan tawaf sunat di Masjidil Haram... telah diserang dengan serangan jantung,” katanya pada sidang media Laporan Mingguan TH di sini.
Menurutnya lagi, kedua-dua jemaah berkenaan meninggal dunia di Mekah dan telah pun dikebumikan di Tanah Perkuburan Syariee.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, TH menasihati jemaah agar memakai pelitup muka memandangkan cuaca panas yang mencecah 44 darjah Celsius dan jerebu di Mekah.
Sehingga Isnin, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat kepada 180 dan dijangka berlarutan.
Sehingga kini 141 jemaah diberi rawatan di Pusat Rawatan TH dan Hospital Arab Saudi kerana masalah pernafasan, jangkitan paru-paru, jantung, gangguan emosi, selain sakit kulit, otot dan sendi.
Mohd Hisham turut memaklumkan, Pusat Rawatan TH di Madinah telah menerima tasrih atau permit daripada Kementerian Kesihatan Arab saudi yang diselaraskan Saudi German Hospital.
Malaysia adalah negara ketiga mendapat kelulusan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami