NATIONAL
Jejak Nora : Rakyat Malaysia doakan agar semua urusan dipermudahkan

Mayat seorang remaja perempuan berkulit putih kira-kira 2 Kilometer daripada lokasi Nora Anne Quoirin yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu di sebuah resort di Nilai, Negeri Sembilan - Gambar Bernama
Petang tadi masyarakat digemparkan apabila berita mengenai penemuan mayat seorang perempuan berkulit putih kira-kira dua kilometer daripada lokasi Nora Anne Quoirin yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu di sebuah resort di Nilai, Negeri Sembilan.
Namun buat masa ini, mayat yang dijumpai masih belum disahkan oleh pihak berkuasa bahawa ianya adalah tubuh badan milik remaja dari Ireland itu.
Di media sosial pula, rakyat Malaysia menzahirkan kata-kata semangat buat keluarga mangsa.

Masyarakat Malaysia harap keluarga Nora tabah menghadapi ujian ini

Rakyat Malaysia turut bersedih mengenai berita yang diterima

Rakyat Malaysia mendoakan agar semua urusan dipermudahkan
BACA : Keluarga Nora Anne zahirkan penghargaan, kagum dengan misi pencarian di ambang Aidiladha
Siasatan kini sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti dan juga punca kematian mangsa.
Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami