awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejak Prihatin: 1,400 sukarelawan digerak santuni golongan miskin di ibu kota

Bernama
Bernama
03/07/2021
12:32 MYT
Jejak Prihatin: 1,400 sukarelawan digerak santuni golongan miskin di ibu kota
Annuar berkata, kementeriannya juga akan mengerakkan program bank makanan berpusat di Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan menggerakkan kira-kira 1,400 sukarelawan dan 1,000 ahli Majlis Perwakilan Penduduk bagi menyantuni lebih 7,000 keluarga miskin dan miskin tegar di sekitar ibu negara menerusi program Jejak Prihatin bermula 15 Julai ini.
Beliau berkata selain pemberian bantuan keperluan asas, program itu juga bertujuan memberi sokongan moral kepada keluarga yang mengalami tekanan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau disebabkan kehilangan ahli keluarga.
"Mereka mungkin mempunyai makanan yang cukup, tetapi memerlukan sokongan dan perhatian serta perlu tempat mengadu masalah pada waktu sukar ini.
"Saya tidak mahu mereka sampai ke peringkat perlu mengibarkan bendera putih, jadi kita mahu ambil langkah proaktif," katanya selepas meninjau pelaksanaan Program Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wahyu dan Perumahan Awam Seri Kota hari ini.
Katanya kementerian juga akan mengerakkan program bank makanan berpusat di Hotel Grand Seasons, Jalan Pahang di sini yang turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jejak Prihatin
#Kementerian Wilayah Persekutuan
#Annuar Musa
#keluarga miskin
#miskin tegar
#miskin bandar
#Ibu Kota
#sukarelawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan