awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejambat hubungkan lebuh raya di Paroi-Senawang akan dibina atasi kesesakan

Bernama
Bernama
12/09/2023
11:51 MYT
Jejambat hubungkan lebuh raya di Paroi-Senawang akan dibina atasi kesesakan
Jalaluddin (kanan) bercakap kepada pemberita pada Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan dan Majlis Dialog Bersama Timbalan Menteri Kewangan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN: Satu jejambat yang menghubungkan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di Paroi dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Senawang di sini akan dibina dalam masa terdekat membabitkan kos awalan RM950 juta, kata Exco Kanan Kerajaan negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Beliau yang juga pengerusi LLM berkata projek itu bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di laluan pintu masuk utama ke Senawang yang membelenggu pengguna sejak sekian lama.
"Ini merupakan satu perancangan yang kita katakan antara keutamaan. Kita ada lebuh raya LEKAS dan PLUS yang kedua-duanya tidak berhubung antara satu sama lain sebab itu kesesakan berlaku di penghujung LEKAS iaitu di Paroi hingga tol Senawang.
"Maka kerajaan telah meluluskan secara dasarnya peruntukan untuk bina satu jejambat menghubungkan kedua-duanya. Insya-Allah, masa terdekat akan dilaksanakan kerja ini dengan kos awalan RM950 juta, tapi masih ada lagi (kos) dalam kajian LLM untuk melihat keseluruhan pelaksanaan projek ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Jelajah Belanjawan 2024 Peringkat Negeri Sembilan yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bina jejambat
#Paroi
#LEKAS
#PLUS
#Senawang
#jalaluddin alias
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan