Sering kali saya bercuti beramai-ramai bersama keluarga dan rakan taulan tapi kali ini saya mahu mencuba mengabadikan kenangan melancong, hanya berdua.
Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian, Terengganu menjadi destinasi penginapan kami.
Jika beramai, agak sukar dengan pelbagai kerenah dan pemikiran, kadang kala sukar untuk membuat keputusan dari segi penginapan hinggalah aktiviti yang akan dilakukan.
Bersama Eza, sementara menunggu bas bergerak menuju destinasi. - Astro AWANI / MAZNUR AIN
Sementara menunggu makanan sampai bergambar dulu! - Astro AWANI / MAZNUR AIN
Dengan Eza, “travel buddy”saya, mudah buat kami tanpa pening kepala.
Kami punya impian yang sama untuk mencuba snorkeling, dan ini memudahkan perjalanan percutian kami kerana kami ada persamaan impian ini.
Cuba bayangkan jika ada pe’el dan nafsu makan kawan-kawan yang berbeza, pasti meletihkan.
Alhamdulilah Eza seorang yang senang dan sempoi.
Mengabadikan gambar di laman sosial. - Astro AWANI /MAZNUR AIN
Antara perkara yang kami gemar lakukan ialah merakamkan foto individu dan memuatnaik gambar ke laman social Instagram. Dengan Eza, beliau faham sudut fokus gambar dan kreativiti yang menarik untuk diletakkan dalam Instagram. Selepas mengambil momen menarik dan mencuit hati, kami akan bertukar gambar melalui whatsapp. Saya hantar gambar Eza, dan Eza hantar gambar saya!
Di pintu masuk Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian. - Astro Awani /Maznur Ain
Sesampainya di sana kami mendaftar masuk ke chalet. Memilih untuk berkongsi bilik, pastinya menjimatkan wang kami.
Di pintu masuk Ombak Dive Resort, Pulau Perhentian. - Astro AWANI /MAZNUR AIN
Berehat, mandi dan sementara menunggu waktu malam untuk makan kami berjalan-jalan di pantai.
Masa yang kami luangkan di tepi pantai, kami abadikan dengan bercerita, bergurau, mengenangkan kisah lucu kami ketika di Kolej dan meluahkan masalah peribadi yang tidak mungkin kami ceritakan pada orang lain.
Saat-saat privasi sebegini saya hargai bersama Eza, kerana kami berkongsi pandangan dan saling menasihati.
Di waktu malam, kami merasa tidur dalam lega dan aman tanpa rasa risau.
Saya adalah seroang yang pentingkan privasi dan ketenangan di bilik dan tidak mungkin saya sebilik dengan orang yang tidak kurang rapat.
"Selfie is a must!" - Eza. - Astro AWANI /MAZNUR AIN
Bila bercuti berdua kami senang ke sana ke mari. Malah untuk bersarapan, Eza akan bingkas bangun setelah mendengar saya bangun.
Tak perlu kejutkan dan tunggu dia bersiap. Seusai sarapan, kami ke Taman Terumbu Karang terlebih dahulu, untuk membiasakan diri dengan laut dalam.
Walaupun pada mulanya agak gementar, namun saya tahu ada Eza, saya jadi berani. Eza juga pertama kali mencuba aktiviti snorkeling dan dia tahu saya gagahi ketakutan memasuki air, dengan memegang tangan dia.
Eza menunjukkan skil berenang di dasar laut tanpa menggunanakan jaket keselamatan. - Astro AWANI /MAZNUR AIN
Jika bercuti beramai, mana mungkin saya atau Eza memegang tangan dan memaparkan ketakutan kami.
Pasti kami akan diusik oleh rakan-rakan lain.
Terakhir sekali kami dibawa ke Pantai Romantik. Abang Mat memberitahu kami sepatutnya tempat tersebut menjadi lokasi pertama untuk snorkeling dan belajar berenang.
Di pantai romantik kami dapat melihat banyak lagi hidupan bawah laut.
Pantai Romantik antara kawasan yang menjadi tarikan kami. - Foto : http://arifomar.blogspot.com
Berbagai-bagai jenis ikan yang dapat kami rapati seperti ikan clownfish dan ikan yu.
Apapun bercuti berdua memberikan satu perbezaan percutian yang berbeza dibandingkan dengan percutian berkumpulan atau bersama keluarga. Jimat, tenang dan istimewa, kami berdua saja ke hulu dan ke hilir.
Bersama rakan-rakan yang baru dikenali sewaktu dalam perjalanan. - Astro AWANI / MAZNUR AIN
Pilihlah kawan yang sekepala untuk kita melancong bersama, kerana pengalamaannya hanya diabadikan berdua bersama. Kadang kala saya tersenyum keseorangan bila melihat gambar gambar kenangan, kerana hanya kami berdua sahaja yang mengalami saat dan detik itu.