KUALA LUMPUR: Siri Jelajah Program 'Jiwa SME' anjuran Astro AWANI yang menggabungkan sesi perkongsian daripada pakar industri, usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS), bengkel ilmu dan pameran di Johor melabuhkan tirainya hari ini.

Berlangsung di Toppen Shopping Centre, Tebrau, Johor Bahru sejak Sabtu, lebih 30 usahawan dan agensi kerajaan terlibat dalam sesi jelajah selama dua hari itu.

Syarikat Pure Nature, pengeluar produk minuman kesihatan berasaskan pati Halia dipilih sebagai pemenang bagi kategori Penyertaan Terbaik. 

Manakala bagi kategori Penyertaan Berpotensi pula dimenangi syarikat Clean It Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan servis cuci upholsteri.

 Jelajah Jiwa SME Astro AWANI ini mendapat kerjasama dari Unifi Business selaku penaja utama, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebagai rakan strategik dan Astro Radio, rakan penyiar.  Gambar: Astro AWANI

Sepanjang program berlangsung, pelbagai perkongsian berjaya dibawa kepada para pengunjung, antaranya resepi kejayaan Eng's Popcorn, Boss Ijan dan MYK Deco Legacy.

Acara turut diserikan dengan persembahan busker tempatan Middle Groove dan persembahan tarian zapin daripada Seri Irwana Tari serta cabutan bertuah.

Menarik tumpuan, sesi bengkel bersama Unifi Business, TikTok Shop dan INSKEN yang memberi ilmu baharu buat usahawan memperkasakan perniagaan dalam pemasaran digital.

Lebih 5,000 pengunjung hadir dalam siri Jelajah Jiwa SME Johor anjuran Astro AWANI. Gambar: Astro AWANI

Dua hari penganjurannya, Siri Jelajah Jiwa SME di Johor berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung.

Jelajah Jiwa SME Astro AWANI mendapat kerjasama dari Unifi Business selaku penaja utama, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebagai rakan strategik dan Astro Radio sebagai rakan penyiar.

Program itu bakal bertemu PMKS di Kelantan pada 15 dan 16 September 2023, Pulau Pinang pada 21 dan 22 Oktober 2023 serta Kuala Lumpur pada 24 sehingga 26 November 2023.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jelajah Jiwa SME boleh diperolehi dari laman sesawang www.jiwasme.com.my.