awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah berumur 70 tahun ke atas dibenarkan solat fardu, Jumaat di masjid - MAIK

Bernama
Bernama
25/03/2021
21:29 MYT
Jemaah berumur 70 tahun ke atas dibenarkan solat fardu, Jumaat di masjid - MAIK
Prosedur operasi standard bagi pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dikekalkan sebagaimana yang dikeluarkan sebelum ini. - Gambar fail
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan jemaah yang berumur 70 tahun ke atas bagi menunaikan solat Jumaat dan fardu di seluruh masjid di negeri ini bermula Jumaat sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata selain itu pelaksanaan solat Jumaat dan Fardu di Kelantan juga dibenarkan dengan bilangan jemaah 50 peratus daripada kapasiti dan keluasan masjid.
"Selain itu kuliah agama termasuk kelas Al-Quran juga dibenarkan dengan kehadiran jemaah mengikut kapasiti dan keluasan masjid dengan penjarakan satu meter antara jemaah. Prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dikekalkan sebagaimana yang dikeluarkan sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata perkara itu turut mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri.
Menurutnya MAIK juga amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan ini dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap sebarang kegagalan dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
#MAIK
#Islam
#Solat Jumaat
#solat fardu
#Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz
#Tengku Temenggong Kelantan
#50 peratus kapasiti
#keluasan masjid
#masjid
#kuliah agama
#kelas Al-Quran
#penjarakan
#SOP
#jemaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan