PUTRAJAYA: Jemaah haji Malaysia dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan atau mempromosikan produk ketika berada di hadapan Kaabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata, setiap jemaah yang juga 'tetamu Allah' seharusnya memanfaatkan tempoh berada di Tanah Suci untuk menjalankan ibadah haji agar mendapat haji yang mabrur (diterima Allah).
"Sepatutnya fokus kepada ibadah haji lebih-lebih lagi depan Kaabah, tempat mustajab untuk berdoa. Sepatutnya perkara seperti ini (berniaga dan promosi) tidak patut berlaku.
"Perbuatan seperti ini kadang-kadang boleh mengganggu jemaah haji lain untuk beribadah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 kepada 148 kakitangan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini, hari ini.
Tular di media sosial baru-baru ini seorang jemaah haji mempromosikan produk jualannya di hadapan Kaabah menerusi sebuah video berdurasi 43 saat.
Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Idris mahu penjawat awam di bawah seliaannya membudayakan tiga konsep iaitu budaya kerja cemerlang, mencapai matlamat hala tuju pentadbiran dan amal jama'i (kerjasama) sebagai satu keluarga.
"Kita semua adalah duta agensi Islam, apa-apa jua yang kita lakukan akan memberikan kesan kepada wajah Islam," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022

Setiap jemaah yang juga 'tetamu Allah' seharusnya memanfaatkan tempoh berada di Tanah Suci untuk menjalankan ibadah haji agar mendapat haji yang mabrur, kata Datuk Idris Ahmad. - Gambar BERNAMA

Kertas Putih Kesihatan: Sarawak akan sediakan input - Timbalan Premier
Input berkenaan akan diperkemaskan dan memaklumkan kepada Primier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum dibentangkan kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Kemarau | Sungai kedua terpanjang Eropah kekeringan
Kemarau berpanjangan yang melanda tenggara Eropah mengakibatkan ribuan hektar tanaman musnah serta aktiviti perkapalan terjejas di sungai kedua terpanjang di Eropah, Danube. Empangan yang terletak di utara Serbia juga dilaporkan hampir kering akibat suhu tinggi pada musim panas ini.

Krisis China-Taiwan | China tidak tolak kemungkinan guna kekerasan jika perlu
China dilaporkan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti atau cubaan untuk memisahkan Taiwan dan akan menggunakan kekerasan jika perlu. Ia selepas republik itu mengeluarkan kertas putih baharu dan menarik balik janjinya tidak menghantar tentera atau kakitangan pentadbir ke Taiwan.

Letupan di Crimea | Seorang maut, 14 lagi cedera - Gabenor
Seorang dilaporkan terkorban manakala 14 lain cedera dalam kejadian letupan dahsyat yang menggegarkan pangkalan udara di Crimea, pada Selasa. Gabenor Crimea yang dilantik Rusia, Sergei Aksyonov pada Rabu memaklumkan, kerja-kerja pemeriksaan sedang dilakukan pihak penyiasat dan kawasan itu akan kekal ditutup sehingga siasatan selesai.

Siasatan | Donald Trump akan disoal siasat peguam New York
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal disoal siasat oleh Peguam Negara New York pada Rabu. Ia beberapa hari selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu rumahnya di Mar-a-Lago pada Isnin dan memecah masuk peti besinya.

Olahraga | Muhammad Azeem timbang semula lanjut pengajian di Houston
Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Houston, Amerika Syarikat. Keputusan dibuat selepas beliau turut menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada beberapa universiti lain di negara itu dan akan membincangkan mengenai hala tuju terbaharunya bersama ibu dan bapanya selain jurulatih Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.

Zon ASEAN | KL City FC mara ke final Piala AFC 2022
Penentuan sepakan penalti membawa tuah kepada Kuala Lumpur City FC selepas mara ke final Zon ASEAN Piala AFC 2022 dengan menundukkan kelab Vietnam, Viettel FC, apabila perlawanan menyaksikan seri tanpa jaringan dalam 120 minit permainan.

Jenayah Siber | Pengguna perlu ada sikap semak silang
Pengguna seharusnya juga mempunyai sikap semak silang sekiranya menerima panggilan atau dihubungi pihak yang mendakwa mewakili agensi tertentu, kata Pakar Keselamatan Rangkaian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zuriati Ahmad Zukarnain.

Mahkamah | Shahrir bayar RM549,090 untuk baik pulih projek Puri Langkasuka
Seorang peniaga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menerima bayaran RM549,090 daripada Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai selama lapan tahun.

Mahkamah | Pasukan peguam Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan
Pasukan peguam yang baru dilantik mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, pada Rabu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu minggu depan.

Jemaah haji terkandas: Lima kertas siasatan lengkap, kerugian cecah RM5.67 juta
Sebanyak 132 laporan polis telah diterima di seluruh negara.

Jemaah haji terkandas: MOTAC masih cari penyelesaian terbaik
Kes tersebut juga masih di bawah penilaian dan kajian oleh pihak kementerian.

Jemaah haji terkandas: 111 individu tuntut ganti rugi RM3 juta, gesa MOTAC ambil tindakan
Tuntutan yang dibuat beserta ganti rugi emosi dan teladan, difailkan melalui firma guaman Tetuan Toriq Seth and Partner.

67 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Tanah Suci
Indonesia menerima kuota haji tertinggi di dunia, dengan 100,051 jemaah haji dibenarkan menunaikan haji pada tahun ini.

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia tiba di tanah air
Sebanyak 49 penerbangan menerusi Malaysia Airlines (MH) dan Saudia Airlines disediakan bagi membawa kesemua 14,305 jemaah haji pulang ke tanah air bermula semalam hingga 13 Ogos ini.

Haji: Jemaah Malaysia mula pulang, petugas masih bertungkus-lumus
Jemaah haji Malaysia mula pulang ke tanah air bermula hari ini dan pastinya kenangan melaksanakan ibadah itu akan terus kekal dalam ingatan.

Tiada kes cacar monyet dalam kalangan jemaah haji Malaysia di Arab Saudi - Khairy
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia di Arab Saudi dijangkiti cacar monyet setakat ini.

Ambil tindakan tegas pada kartel haji, aniaya orang ramai
Sebuah jawatankuasa pengawal selia perlu diwujudkan, agar tiada pihak yang akan membuat tuduhan melulu terhadap TH serta syarikat PJH.

Jemaah Malaysia mula pulang ke tanah air bermula 17 Julai
Penerbangan terakhir dijangka pada 12 Ogos iaitu selepas kumpulan jemaah terbabit selesai menziarahi Madinah.

Penipuan haji: Polis terima 72 laporan libat kerugian hampir RM4 juta
Kuala Lumpur mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 24 laporan membabitkan kerugian berjumlah RM1,244,500 diikuti Selangor dengan 14 laporan melibatkan kerugian RM404,000.