awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

Bernama
Bernama
26/06/2023
07:50 MYT
Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah
Sebanyak 21 bas disediakan di setiap maktab penginapan bagi membawa jemaah haji Muassasah dalam tiga penggiliran perjalanan ke Arafah, 22 kilometer dari Masjidil Haram. - Gambar/ Bernama
MAKKAH: Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah secara berperingkat bermula 7 pagi waktu Arab Saudi, hari ini untuk ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada esok, 9 Zulhijjah (27 Jun).
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata 21 bas disediakan di setiap maktab penginapan bagi membawa jemaah haji Muassasah dalam tiga penggiliran perjalanan ke Arafah, 22 kilometer dari Masjidil Haram di sini.
Beliau berkata 179 bas pula akan membawa jemaah haji yang mengikuti pakej oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).
Selain itu, 300 petugas haji telah bergerak pada 12 tengah malam Isnin bagi membuat persiapan terakhir menyambut jemaah haji negara.
"Setelah selesai semua pergerakan jemaah haji dari Makkah ke Arafah, pihak Tabung Haji (TH) akan membuat semakan dari bilik ke bilik di semua hotel penginapan jemaah haji serta di Masjidil Haram bagi memastikan tidak ada yang tercicir," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya TH juga telah mengaktifkan bilik gerakan di Arafah pada 4 pagi tadi waktu Arab Saudi yang akan menjadi nadi kepada operasi di kawasan berkenaan.
Sementara itu, bagi jemaah yang sedang dirawat di Pusat Rawatan TH Makkah dan Hospital Arab Saudi, mereka dibawa untuk wukuf di Arafah menggunakan enam bas khas diiringi unit ambulans menerusi program Safari Wukuf.
Jemaah haji Malaysia kemudian akan bergerak untuk mabit (bermalam) di Muzdalifah bermula 6.30 petang Selasa, sebelum melontar di Mina sehingga 13 Zulhijah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#haji 2023
#jemaah haji Malaysia
#Wukuf
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan