KUALA LUMPUR: Membuka tirai tahun 2022, sambutan tahun baharu dirai dengan solat hajat, zikir dan doa selamat berikutan musibah banjir di beberapa negeri sebagai tanda menghormati dan bersimpati kepada mangsa terjejas.
Jemaah menteri menerusi hantaran di media sosial berkongsi ucapan selamat tahun baharu ditujukan buat seluruh rakyat, antaranya Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi hantaran di Twitter mengajak rakyat bermunajat kepada Allah SWT bagi memohon keselamatan daripada bencana dan musibah.
Selain itu, beliau turut mengajak orang ramai mendoakan kemakmuran ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat yang berkekalan.
Senada dengan beliau, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi hantaran di Facebook, juga mengajak seluruh Keluarga Malaysia memanjatkan doa mengikut amalan, kepercayaan dan agama masing-masing.
"Bersempena kehadiran tahun baharu ini juga marilah kita bersama-sama berazam untuk mencapai apa yang lebih baik dari tahun sebelumnya, memberikan khidmat terbaik kepada keluarga, masyarakat dan negara.
"Marilah juga kita bersama-sama berganding bahu untuk memperkukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian kaum di kalangan kita, seterusnya bersama-sama membangunkan Negara Malaysia tercinta," katanya.
Selain itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turut berkongsi ucapan Selamat Tahun Baharu kepada semua rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 01 2022

Azmin dan Fadillah (kanan) berkongsi ucapan selamat tahun baharu ditujukan buat seluruh rakyat. -Facebook Azmin Ali & Fadillah Yusof

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland
Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

Keanggotaan NATO | Turki tetap bantah Sweden & Finland
Turki secara terbuka membantah bidaan Sweden dan Finland untuk menganggotai NATO. Presidennya, Recep Tayyip Erdogan bertegas akan kekal dengan pendirian itu.

Misi ke Marikh | NASA cari kewujudan makhluk asing di Marikh
Kenderaan robotik dilancarkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance mencapai detik penting dalam misi pencarian bukti kehidupan lampau di planet Marikh. Ia yang mendarat di planet merah pada Februari tahun lalu, bakal memulakan perjalanan mencari tapak sampel yang mungkin mengandungi kehidupan mikrob dan organik purba.

Krisis Ukraine | Bekalan makanan global terjejas akibat perang
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine kini menjejaskan bekalan makanan global. Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken mendakwa eksport Ukraine ke negara membangun terhenti, gara-gara penutupan Pelabuhan Laut Hitam.

Malaysia raih pelaburan baharu Ferrotec bernilai lebih RM500 juta - Azmin Ali
Ferrotec juga komited untuk mewujudkan 250-500 pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.

Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California
Azmin sebak mengenangkan pertemuan terakhir dengan Allahyarham Haron pada 9 September 2016 di Masjid Al Umm, Bangi.

Malaysia, Indonesia setuju perkukuh perpaduan, kekuatan kepusatan ASEAN - Azmin
Malaysia kini menyuarakan nada yang sama, lebih daripada sebelum ini, dengan Indonesia bahawa sudah sampai masanya untuk memperkukuh perpaduan dan kekuatan kepusatan ASEAN dalam menghadapi ketidaktent

Malaysia raih pelaburan hampir RM2 bilion daripada TF AMD - Azmin
Pelaburan itu untuk pelan pengembangan syarikat, yang akan mewujudkan 2,000 pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia.

AS, Malaysia meterai memorandum kerjasama perkukuh daya tahan rantaian bekalan semikonduktor
MOC itu bertujuan menyediakan prinsip panduan kepada kedua-dua negara berikutan kerjasama masing-masing dalam memperkukuh usaha-usaha daya tahan rantaian bekalan semikonduktor.

Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu bernilai RM14.62 bilion dari AS - Azmin
Banyak syarikat yang berpangkalan di AS menyatakan komitmen untuk mengembangkan operasi dan kehadiran mereka di Malaysia.

Azmin Ali berjaya batal saman pengundi Gombak terhadapnya
Panel tiga hakim memutuskan tuntutan pengundi itu tidak kukuh dan tiada keperluan bagi saman itu diteruskan untuk perbicaraan penuh.

Ekspo 2020 Dubai jadi landasan kepada syarikat Malaysia untuk berkembang - Azmin
MITI akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan penyertaan Malaysia dalam Ekspo Dunia yang akan datang.

Azmin gesa syarikat Qatar bekerjasama dengan perniagaan Malaysia
RCEP memberi laluan kepada perniagaan di rantau ini untuk bersepadu dengan perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia itu.

Perdagangan Malaysia teruskan trajektori meningkat pada Februari 2022 - Azmin
Perdagangan meningkat sebanyak 17.5 peratus kepada RM184.75 bilion berbanding Februari 2021.