PUTRAJAYA: Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) daripada Kementerian Perpaduan Negara (KPN), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu diputuskan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
"Jemaah Menteri putuskan MITRA dikembalikan ke JPM. Mengenai penguatkuasaan dan bila dipindahkan, boleh rujuk kepada MITRA," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ditanya mengenai hala tuju baharu MITRA, Fahmi berkata matlamat lanjut itu akan dimaklumkan MITRA.
"Sudah pasti dengan pulangnya MITRA ke JPM, fokus khusus akan diberikan untuk pastikan bukan sahaja MITRA sebagai sebuah badan diurus dengan baik, tetapi matlamatnya juga sama ada dapat dicapai atau diharap dikembang luas," katanya.
MITRA pada asalnya dikenali sebagai Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC), ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula pada 2018 diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara.
Pada September 2022, ia dipindahkan di bawah seliaan JPM.
Bagaimanapun pada Disember 2023 MITRA diletakkan semula di bawah KPN, sebelum Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPPK) MITRA, menggantikan Datuk R. Ramanan pada Februari.
Pada 27 Mac, Ramanan menggesa agar MITRA dikembalikan ke JPM setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak, terutamanya masyarakat India yang melihat badan itu lebih 'selesa' berada di bawah kawal selia JPM.
Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata gesaan itu juga disuarakan, kerana infrastruktur dan sumber di bawah JPM lebih maju berbanding kementerian lain, sekali gus membantu pengurusan lebih efisien untuk unit khas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bercakap kepada pemberita semasa sidang media Kerajaan Perpaduan di Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Jemaah menteri putuskan MITRA dikembalikan semula ke JPM - Fahmi
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri daripada Kementerian Perpaduan Negara.
MITRA akan kembali di bawah Kementerian Perpaduan Negara, PM tetap pantau
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan diletakkan semula di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
SPRM nafi tempatkan pegawai di MITRA
SPRM menafikan terdapat pagawainya ditempatkan di Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
Isu Mitra: SPRM tahan 22 individu termasuk pengarah syarikat, presiden persatuan
Menurut sumber SPRM, mereka yang juga terdiri daripada setiausaha persatuan dan pertubuhan itu ditahan dalam operasi di Perak, Selangor, Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan serta Melaka.