awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah solat Jumaat boleh isi 1/3 kapasiti dewan masjid di negeri Wilayah Persekutuan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
05/11/2020
08:13 MYT
Jemaah solat Jumaat boleh isi 1/3 kapasiti dewan masjid di negeri Wilayah Persekutuan
Jumlah jemaah solat Jumaat diperluaskan sehingga satu pertiga (1/3) daripada kapasiti dewan solat utama masjid dan surau Jumaat bagi zon hijau dan kuning di Wilayah-Wilayah Persekutuan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA:Beberapa perubahan terhadap prosedur operasi standard (SOP) melibatkan aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau serta majlis akad nikah telah diputuskan oleh kerajaan.
Perubahan itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri susulan keputusan yang dicapai hasil Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-9 yang bersidang pada 2 November lalu.
Berikut beberapa perubahan yang digariskan beliau mengikut kawasan bagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan negeri-negeri di Wilayah Persekutuan.
• Jumlah jemaah solat Jumaat diperluaskan sehingga satu pertiga (1/3) daripada kapasiti dewan solat utama masjid dan surau Jumaat bagi zon hijau dan kuning di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
• Bagi solat fardu lima waktu di kawasan zon hijau dan kuning, kapasiti yang dibenarkan adalah tidak melebihi 30 orang jemaah, tertakluk kepada keluasan dewan solat utama masjid dan surau, dengan penjarakan satu meter antara jemaah.
• Bagi Wilayah Persekutuan Labuan yang kini di zon merah, jumlah jemaah solat Jumaat dihadkan kepada 12 orang dan solat lima waktu dihadkan kepada tiga orang. Dalam masa yang sama, aturan ini akan turut dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sekiranya wujudnya zon merah di kawasan tersebut dan keadaan yang sama berlaku.
• Bagi majlis akad nikah, jumlah jemputan adalah tidak melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan satu meter dan tertakluk kepada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Premis tersebut merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid terpilih yang ditetapkan oleh JAWI. Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam tiga puluh (30) orang jemputan tetapi hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Menurut Dr Zulkifli, SOP ini mula berkuatkuasa di Wilayah-Wilayah Persekutuan esok (6 November). Sementara untuk negeri-negeri lain pula, kata beliau, tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
“Bagaimanapun, untuk tujuan penyelarasan, adalah disarankan negeri-negeri untuk mengikut resolusi yang telah dicapai bersama dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Khas MKI kali ke-9 baru-baru ini,” kata beliau dalam sidang media pada Khamis.
Topic Berkaitan
#PKPB
#JAWI
#Putrajaya
#Dr Zulkifli Al Bakri
#masjid
#nikah
#solat fardu
#Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan