KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 laporan polis telah dibuat jemaah Haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada penerbangan ke Jeddah, Mekah pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, kesemua laporan polis itu dibuat di sekitar Lembah Klang sehingga jam 4.30 pagi Jumaat.
"Kami telah rekodkan sehingga jam 4.30 pagi tadi, 17 laporan polis telah dibuat terhadap UC Travel, dari segi siasatan kita akan teruskan sama ada berlaku penipuan atau tidak.
"Kita dah interview dia (pemilik) secara lisan, kita interview dia dan rekod keterangan dua perkara berlainan.
"Semalam kita sudah interview dia untuk dapatkan cerita, ekoran daripada report ini kita akan jalankan siasatan jika terdapat elemen tipu," jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Tambah Imran, beliau tidak menolak lebih banyak laporan polis akan dibuat oleh pihak jemaah dari semasa ke semasa.
"Dia (pemilik) adalah suspek, kita akan panggil dia nanti. Report ini melibatkan banyak tempat, Setapak, Kajang, dan banyak tempat bukan hanya di KLIA sahaja.
"Report ini dibuat oleh jemaah Haji sendiri," katanya lagi.
Jelasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Semalam, tinjauan Astro AWANI mendapati hampir 400 jemaah Haji terkandas di KLIA selepas tidak dapat berlepas ke Jeddah.
BACA: Kecoh di KLIA, lebih 400 jemaah haji visa furada terkandas
Malah berlaku kekecohan selepas salah seorang individu dipercayai dari syarikat agensi pelancongan dikerumuni jemaah bagi mendapatkan penjelasan.
Ada diantara jemaah yang terpaksa menunggu sejak 28 Jun untuk penerbangan menunaikan rukun Islam kelima itu, namun ditunda atas alasan tertentu.
Kesemua jemaah Haji itu berdaftar di bawah visa furada.
Fareez Azman
Fri Jul 08 2022
Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, kesemua laporan polis itu dibuat di sekitar Lembah Klang sehingga jam 4.30 pagi Jumaat. - Astro AWANI
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi, Johor menyebabkan kawasan rendah di daerah itu dinaiki air.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
AWANI Ringkas: Banjir kilat di Kota Tinggi, 1 PPS dibuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Penerbangan pertama haji tahun ini dijangka 4 Jun
Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 4 Jun ini berbanding perancangan awal pada 31 Mei.
Pemilihan jemaah haji: Giliran pada 2020 diutamakan, diikuti seterusnya - TH
Keutamaan pemilihan jemaah tahun ini berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.
Masih tiada kuota khusus ditetapkan Arab Saudi untuk jemaah haji semua negara
Kerajaan Arab Saudi masih belum menetapkan kuota khusus kepada semua negara yang bakal menghantar jemaah haji ke tanah suci Makkah pada tahun ini.