KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengutamakan bakal haji yang giliran tunai haji mereka pada 2020, diikuti giliran pada 2021 dan seterusnya 2022, bagi pemilihan jemaah haji tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin dalam kenyataan hari ini berkata, ia berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.
Beliau berkata, rayuan haji melalui platform dalam talian iaitu aplikasi Tabung Haji Online (THiJARI) juga telah dibuka dengan keutamaan diberikan kepada rayuan mahram.
Justeru, Amrin berkata, TH menasihatkan bakal jemaah supaya bersedia dengan dokumen-dokumen berkaitan termasuk sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap dan pasport antarabangsa.
"TH akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa sekiranya ada maklumat lanjut dari kerajaan Arab Saudi yang perlu dikongsikan dengan bakal jemaah," katanya.
Terdahulu hari ini, Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad mengumumkan seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Jumlah kuota itu menyaksikan penyusutan bilangan jemaah haji Malaysia berbanding 31,600 jemaah sebelum ini.
Sementara itu, Amrin berkata, pengumuman itu merupakan satu berita baik untuk TH dan bakal jemaah haji dari Malaysia.
"Kami bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi dan yakin penilaian serta penelitian semua aspek telah dibuat bagi memastikan keselamatan para jemaah haji yang datang dari segenap pelosok dunia terjamin," katanya.
Beliau berkata, TH telah memulakan persiapan awal dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan serta amalan norma baharu dalam pengendalian operasi haji sama ada di tanah air mahupun di tanah suci Makkah.
Kuota haji yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini adalah 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara.
Pada 2019, kuota haji Malaysia adalah 31,600 orang, namun pada tahun ini ibadat haji hanya dibenarkan untuk 1 juta jemaah sahaja mengambil kira kriteria penjagaan kesihatan berbanding sekitar 2.5 juta jemaah pada 2019. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengutamakan bakal haji yang giliran tunai haji mereka pada 2020, diikuti giliran pada 2021 dan seterusnya 2022, bagi pemilihan jemaah haji tahun ini, kata Amrin Awaluddin. - Gambar fail
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Kursus Perdana Haji lengkapi persiapan diri sebagai tetamu Allah - Peserta
Antara lain, kursus itu disifatkan bakal jemaah sebagai platform atau medan ulangkaji terakhir sebelum mereka semua menjadi tetamu Allah.
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
TH umum surat tawaran haji, bayaran hari ini
Perkara itu akan diumumkan dalam satu sidang media oleh Pengarah Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah.
284 jemaah haji Malaysia terakhir selamat tiba di KLIA
Tahun ini, seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan haji membabitkan 98 penerbangan pergi bermula 21 Mei sehingga 21 Jun lalu.
11 jemaah Thailand meninggal dunia semasa tunaikan haji
Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas.
Jemaah haji dilarang bawa pulang air zamzam
Peringatan tersebut diberikan supaya tidak berlaku kesulitan ketika proses pergerakan balik jemaah haji ke tanah air.
Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi berjaya urus 2 juta jemaah haji
Yang di-Pertuan Agongmenzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi, atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira 2 juta jemaah bagi musim haji tahun ini.