KOTA BHARU: Lebih 80 jemaah umrah mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM600,000 selepas ditipu sebuah agensi pelancongan.
Mereka turut mendakwa dijanjikan menunaikan ibadah itu pada Disember tahun lalu namun sehingga kini hasrat mereka tidak kesampaian.
Lebih menyedihkan, wang bayaran penuh yang dibuat sejak Oktober tahun lalu juga belum dikembalikan.
Mangsa, Noraini Pauzi, 50, dari Machang memberitahu dia sudah membayar RM15,200 kerana berhasrat menunaikan umrah bersama anaknya.
"Saya mengambil pakej RM7,600 setiap seorang dan kami sepatutnya berlepas pada 14 Disember tahun lalu," katanya kepada pemberita pada Rabu selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu.
Bagaimanapun katanya, seminggu sebelum berlepas Noraini dimaklumkan oleh agensi itu bahawa umrah mereka ditangguhkan susulan berlangsungya Piala Dunia di Qatar ketika itu.
“Kami kemudiannya dijanjikan akan berlepas pada Februari, namun sekali lagi gagal kerana memaklumkan terdapat masalah di Makkah, sebelum dijanjikan penerbangan seterusnya pada Mac," katanya.
Menurut Noraini, mereka ada mendesak agensi berkenaan untuk mendapatkan semula wang yang dibayar tetapi pelbagai alasan diberikan.
Noraini berkata, pada mulanya dia teruja untuk menunaikan umrah namun akhirnya kecewa dengan pelbagai alasan yang diberikan pihak pengurusan agensi terbabit.
“Justeru, kami berharap wang kami dikembalikan semula kerana kami bukan orang senang. Itu duit hasil kerja keras kami untuk menunaikan umrah.
“Saya juga bertanyakan agensi pelancongan lain, mereka tidak berdepan sebarang masalah pun membawa jemaah umrah, namun agensi pelancongan kami memberi pelbagai alasan,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Hasliliwani Ab Ghani, 37, turut meluahkan rasa kecewa apabila hasratnya bersama kakak serta abang menunaikan ibadah umrah tidak kesampaian.
“Lebih menyedihkan bayaran untuk umrah menggunakan duit arwah ibu kerana sebelum meninggal dunia, dia berhasrat membawa kami menunaikan umrah namun tidak kesampaian," jelasnya.
Hasliliwani juga menjelaskan sudah beberapa kali cuba berunding untuk mendapatkan semula wangnya namun gagal dan mengambil keputusan membuat laporan polis.
"Saya berharap polis dapat menyiasat agensi itu dan duit kami dapat dikembalikan," ujarnya.
Sementara itu, Azra Zahari, 43, memberitahu bahawa dia membuat laporan polis bagi pihak kedua ibu bapanya menggesa agensi pelancongan terbabit mengembalikan semula wang mereka.
Jelasnya, ibu bapanya tidak sabar menunaikan umrah kerana akan menjadi pengalaman pertama mereka.
“Kami turut mengadakan majlis doa selamat dan solat hajat tetapi mereka gagal menunaikan umrah. Sehingga kini mereka masih malu dengan penduduk kampung dan segan untuk ke surau," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 26 2023

Mereka mendakwa dijanjikan menunaikan ibadah itu pada Disember tahun lalu namun sehingga kini hasrat mereka tidak kesampaian. - Gambar/ Sinar Harian

Sultan Pahang, Tengku Ampuan santuni keluarga kanak-kanak lemas
Baginda berdua amat bersimpati dan berharap ibu bapa serta seluruh keluarga mangsa tabah dan reda dengan ujian kehilangan itu.

Bekas Presiden Filipina Duterte menang kerusi datuk bandar dalam pilihan raya pertengahan penggal - Keputusan awal
Duterte mencatatkan kemenangan besar dengan memperoleh 405,000 undi berbanding 49,000 undi yang diterima pencabar terdekatnya.

Jejak Al-Haramain: TH laksana dam, korban melalui Adahi
Tahun ini, dam dan korban akan dilakukan bersama The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady and Adahi (Adahi).

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian
Gandingan Muhammad Noraizat Nordin dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad turun dengan aksi cemerlang untuk mendominasi set pertama dengan 15-7.

Jejak Al-Haramain: 11,396 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci setakat ini
Daripada jumlah itu, 5,253 jemaah kini berada di Madinah, manakala 6,143 jemaah lagi di Makkah.

Remaja lelaki 15 tahun ditahan berhubung kes bunuh wanita warga emas di Chiba
Pelajar sekolah menengah rendah itu mengaku membunuh Yayoi Takahashi, 84, dengan menikam belakang mangsa.

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Penipuan pakej umrah: Polis terima lebih 300 laporan, kerugian RM14 juta
Sebanyak 399 laporan polis diterima berhubung dakwaan penipuan pakej umrah oleh sebuah syarikat pelancongan bermula 1 Jan hingga semalam melibatkan 1,614 jemaah di seluruh negara.

Jemaah umrah rugi RM600,000 ditipu agensi pelancongan
Lebih 80 jemaah umrah mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM600,000 selepas ditipu sebuah agensi pelancongan.

Penipuan haji, umrah: 121 laporan polis, kerugian lebih RM5.1 juta
Polis Diraja Malaysia menerima 121 laporan berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunakan visa furada terhadap tiga syarikat pelancongan swasta.

Cukuplah TH monopoli haji, tidak perlu campur urusan umrah - PAPUH
Datuk Seri Razali Mohd Sham menegaskan Tabung Haji (TH) juga tidak perlu masuk campur dalam urusan umrah di negara ini.

TH sedia jadi 'orang tengah' tangani penipuan umrah - Mohamad Aziz
Ahli Lembaga Pengarah TH, Tan Sri Mohamad Aziz berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TH akan datang.

IMAMS: Tiada unsur rasuah, hanya masalah pentadbiran kerajaan - SPRM
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata masalah yang timbul berkenaan sistem itu adalah masalah pentadbiran Kerajaan.