KUALA LUMPUR: Laman media sosial semakin disalah guna untuk melakukan jenayah termasuk yang berkaitan hal agama Islam, namun setakat ini difahamkan belum ada tindakan pendakwaan dibuat di Mahkamah Syariah.
Memuat naik hantaran bersifat jelik menghina Nabi Muhammad S.A.W, agama Islam serta institusi raja adalah antara perkara yang tular di media sosial dan jenayah agama dalam talian ini, yang ibarat penyakit barah, jika tidak di'cantas', dikhuatiri akan terus berleluasa.
Perbuatan tidak bertanggungjawab ini sudah tentunya akan mencetuskan perasaan marah dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Islam negara ini khususnya, yang boleh mengeruhkan suasana harmoni hidup antara kaum.
Sebelum keadaan memburuk, sudah tiba masanya peruntukan berkaitan jenayah alam siber, menggunakan media elektronik ini dimasukkan ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Mengulas lanjut, Peguam Syarie Ahmad Jailani Abdul Ghani berkata, jenayah berkaitan agama wajar diletakkan di bawah bidang kuasa mahkamah syariah bagi memastikan keadilan dapat dicapai berdasarkan perspektif syariah supaya jenayah tersebut dapat dibendung atau dikawal agar tidak berleluasa.
"Jenayah berkaitan agama apatah lagi melibatkan dalam talian perlu dipandang serius berikutan terdapat kes yang dilihat belum diambil tindakan oleh penguatkuasa agama disebabkan faktor kekurangan tenaga kerja," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau menjelaskan, antara perbuatan jenayah syariah dalam talian adalah menghina agama Islam, memuat naik dan turun bahan pornografi, menyebarkan fitnah dan berita palsu, mengaibkan dan memalukan orang serta menipu.
Selain itu, penghinaan terhadap agama turut dibuat dengan memuat naik gambar Nabi Muhammad SAW dalam keadaan dipandang hina, mencerca patung-patung agama bukan Islam, menulis komen jelik dengan cara untuk mentertawakan bentuk ibadat dan sebagainya.
"Ini kerana pemilik sesebuah akaun tidak perlu melalui sebarang proses tapisan. Apa sahaja yang mereka ingin kongsikan, sama ada tulisan, gambar, video dan seumpamanya, mereka boleh terus hantar dan pada detik yang sama bahan tersebut dapat diakses oleh pengguna internet seluruh dunia," katanya.
Menurut Ahmad Jailani lagi, penyebaran ajaran sesat atau doktrin yang bertentangan dengan akidah Islam juga berlaku dalam talian dan pihak berkuasa agama perlu bertindak tegas dalam hal berkenaan.
"Selain itu, kita juga dihadapkan dengan kandungan secara elektronik yang mengubah dan menokok tambah asas ibadah dalam agama. Tidak ketinggalan juga terdapat banyak status dan komentar dalam media sosial yang dikhuatiri akan membawa perkara yang menyesatkan dan mengkafirkan sesama Islam tanpa bukti yang benar," katanya.
PERLU PERHATIAN SERIUS
Setakat ini difahamkan masih belum ada negeri di Malaysia yang yang meluluskan Enakmen Undang-Undang Syariah khusus berkaitan kesalahan secara elektronik.
Dalam perkara ini, Ahmad Jailani meminta pihak berkuasa agama negeri memandang serius hal berkenaan dan bertindak lebih proaktif bagi membendung jenayah dalam talian berkaitan agama ini.
"Sudah sepatutnya langkah lebih proaktif dilakukan untuk menggubal enakmen undang-undang berkaitan.
"Pada masa sama, siri latihan profesional kepada semua anggota dan pegawai serbuan, tangkapan, siasatan dan pendakwaan perlu dibuat secara lebih serius," katanya.
Menurut Ahmad Jailani, banyak pihak yang memperjuangkan perkara tersebut dan meminta pihak berkuasa mengambil langkah segera untuk menangani isu tersebut.
"Selain Majlis Peguam yang lebih banyak berkaitan dengan Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, para peguam syarie ramai yang bernaung di bawah Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) di mana pemimpin dan anggota kedua-dua persatuan ini terlibat dalam pelbagai wacana termasuk menganggotai pelbagai jawatankuasa yang berfungsi memperkasakan undang-undang dan mahkamah syariah negara ini.
"Ia menunjukkan para peguam syarie berganding bahu bersama-sama para ahli akademik, ahli politik kerajaan dan pembangkang, tokoh agama dan para pengamal undang-undang untuk melihat suatu undang-undang syariah yang lebih ketat digubal di peringkat negeri, "katanya.
Beliau menambah, Malaysia mempunyai dwi sistem perundangan dan kehakiman iaitu sivil dan syariah.
Keunikan sistem tersebut adalah perundangan dan kehakiman sivil berada dalam bidang kuasa Persekutuan manakala perundangan dan kehakiman syariah berada dalam bidang kuasa negeri.
"Ada baiknya jikalau sebahagian daripada jenayah syariah secara dalam talian ini diuruskan di mahkamah sivil dengan menggunakan undang-undang sivil. Ini disebabkan terdapat pesalah yang bukan beragama Islam. Kelompok ini tidak boleh didakwa dan dibicarakan mengikut undang-undang syariah kerana mahkamah syariah tidak diberi bidang kuasa untuk membicarakan tertuduh yang bukan beragama Islam.
"Sebagai contoh penghinaan terhadap agama Islam tetapi dilakukan oleh orang bukan Islam. Malaysia mempunyai undang-undang yang cukup untuk mengenakan tindakan terhadap pesalah seperti ini khususnya berdasarkan kepada undang-undang sivil seperti Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia serta Kanun Tatacara Jenayah," katanya.
Ahmad Jailani berkata, pentingnya memperkasakan undang-undang dan mahkamah syariah untuk menangani kes kesalahan jenayah agama dalam talian khusus untuk penjenayah beragama Islam.
"Usaha ini agak ketinggalan berbanding undang-undang sivil. Ini disebabkan bidang kuasa undang-undang syariah sebagai undang-undang negeri tidak berpusat sebagaimana undang-undang Persekutuan. Setiap negeri memiliki hak autonomi mereka masing-masing yang wajib dihormati," katanya.
KAJI SEMULA ENAKMEN
Berkongsi pandangan, peguam syarie, Ahmad Munawir Abdul Aziz berkata, dalam usaha mengemaskinikan undang-undang jenayah syariah dengan perkembangan semasa, pihak Majlis Agama Islam negeri sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam mentadbirkan aspek agama negeri masing-masing perlu mengkaji semula Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) negeri berkaitan.
Selain itu, kata beliau, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah juga perlu dikaji dan digubal semula.
"Dengan bantuan dan kerjasama Pejabat Pendakwa Raya dan Peguam Negara, serta pakar perundangan Islam di negara ini, satu kajian semula perundangan Islam yang berkaitan dengan kesalahan jenayah syariah dalam talian dapat dicapai.
"Antara lain, satu kajian semula dan rombakan atau pindaan kepada undang-undang sedia ada termasuk akta/enakmen tatacara jenayah syariah yang memperuntukkan prosedur jenayah dalam kes jenayah atau dalam akta/enakmen keterangan syariah yang menyediakan undang-undang berkaitan keterangan dalam perundangan syariah di mahkamah perlu dikaji dalam usaha memartabatkan pentadbiran agama Islam di negara ini," katanya.
Beliau yang juga Peguambela & Penguamcara Mahkamah Tinggi Malaya berkata, perkara sama dibuat dalam undang-undang jenayah sivil dengan mengemaskinikan Kanun Tata Cara Jenayah (CPC) dan Akta Keterangan 1950 (Evidence Act 1950).'
"Undang-undang itu digubal oleh pihak kerajaan Persekutuan dalam usaha berdepan dengan perubahan masa dan aktiviti jenayah yang semakin berleluasa di alam maya, " jelasnya.
Berhubung penguatkuasaan jenayah dalam talian berkaitan agama, peguam itu berpandangan, mahkamah syariah bukannya badan yang bertanggungjawab dalam menguatkuasakan jenayah syariah yang dilakukan di alam siber.
"Sebaliknya yang berkuatkuasa dalam menangani masalah ini adalah Jabatan Ketua Pendakwa Syarie atau Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing yang bertanggungjawab dan diberi kuasa penuh dalam membawa sesuatu kes untuk didakwa dan diadili oleh mahkamah syariah sebagai badan pengadilan," katanya.
Beliau berkata, secara umumnya jenayah siber lebih luas dan merangkumi kesalahan khusus di bawah Akta Multimedia dan/atau Kanun Keseksaan jika sesuatu kesalahan tersebut jatuh dalam kesalahan di bawah akta-akta tersebut
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021
Ahmad Jailani berkata, banyak status dan komentar dalam media sosial yang dikhuatiri membawa perkara yang menyesatkan dan mengkafirkan sesama Islam tanpa bukti yang benar. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.
Hukuman berat jika buat jenayah di Makkah, Madinah
Md Daud berkata, pelaku tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara
Ia bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.
Dua suspek samun berparang di Banting kecundang
Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun telah ditahan di sebuah rumah sekitar Sungai Sedu, Banting pada Rabu.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.