Kertas siasatan kes polis cabul, peras ugut pelajar dirujuk ke DPP

Fadil berkata pihak polis turut menjalankan siasatan tatatertib selari dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR : Kertas siasatan melibatkan tiga anggota polis yang didakwa mencabul dan melakukan pemerasan terhadap seorang pelajar perempuan di Jalan Sentul Pasar, di sini bulan lalu diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya (DPP) pada Selasa untuk tindakan lanjut.
Ringkasan AI
- Kertas siasatan terhadap tiga anggota polis yang didakwa mencabul dan memeras ugut seorang pelajar perempuan telah diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
- Polis mencadangkan pertuduhan di bawah Seksyen 384 dan 354 Kanun Keseksaan, dan siasatan tatatertib turut dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), PDRM.
- Mangsa mendakwa diperas ugut RM10,000 dan dicabul, manakala ketiga-tiga anggota polis terbabit ditahan pada 18 September lalu dan kini tidak lagi ditugaskan di lapangan.
"Ketiga-tiga anggota polis berkenaan masih lagi bertugas, namun tidak membabitkan tugasan di lapangan. Sekiranya arahan pertuduhan diterima daripada pihak pendakwaan, mereka akan ditahan kerja serta-merta," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, tular laporan mendakwa seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun bersama teman lelakinya ditahan sekumpulan anggota polis ketika berada di Jalan Sentul Pasar, di sini.
Mangsa mendakwa diperdaya untuk membayar RM10,000, selain dipaksa melakukan hubungan seks dengan salah seorang anggota polis terbabit.
Berdasarkan laporan yang dibuat, dia turut mendakwa dicabul apabila salah seorang anggota berkenaan mencubit bahagian badannya ketika perbincangan dijalankan.
Susulan laporan itu, ketiga-tiga anggota polis terbabit ditahan di sebuah restoran pada 18 September lalu bagi membantu siasatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


