KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun, petang semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melaka, Batu 10 Jalan Hulu Langat dekat sini, 11.20 pagi ini.
Van yang membawa jenazah Pengerusi Bernama ke-10 itu tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 10.35 pagi.
Terdahulu jenazah Allahyarham Abdul Rahman dibawa ke Masjid Al-Amin Pasukan Gerakan Am, Cheras untuk urusan solat jenazah yang dipimpin oleh anaknya, Saily Sulamazra.
Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Mokhtar Hussain, bekas Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dan Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
Sementara itu Mokhtar berkata Allahyarham ketika hayatnya bukan sahaja banyak menyumbang dalam industri kewartawanan namun banyak juga usahanya terlibat dalam urusan kenegaraan khususnya dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
"Ketika ekonomi negara alami cabaran, arwah mainkan peranan dalam membantu usaha kerajaan meningkatkan semula ekonomi dalam usaha menyebarkan mesej melalui komunikasi," katanya.
Mokhtar turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang mudah didampingi untuk mendapatkan panduan dan bimbingan dalam kalangan wartawan muda.
Abdul Rahman meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras kira-kira pukul 4 petang semalam akibat serangan jantung.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Maznah Adam dan tiga orang anak.
Abdul Rahman yang merupakan anak kelahiran Parit Buntar, Perak, memulakan kerjaya sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1966, sebelum menyertai Bernama selaku Wartawan Kanan pada 1971.
Antara tahun 1971 hingga 1995, beliau pernah menjadi Ketua Biro Johor, koresponden bagi Thailand dan Indo-China, Ketua Penyunting, Ketua Pengarang Berita, Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Am serta Ketua Pengarang Bernama.
Beliau memilih bersara awal bagi bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) Kesembilan pada April 1995 di kawasan Parlimen Parit Buntar sebagai calon Barisan Nasional (BN) dan memenangi kerusi berkenaan.
Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Bernama ke-10 dari 1 Feb 2010 hingga 31 Jan 2014, sebelum dilantik semula ke jawatan itu hingga 31 Jan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022
Ahli keluarga melihat jenazah Allahyarham buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melaka, Batu 10 Jalan Hulu Langat hari ini. - Foto BERNAMA
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Bekas Pengerusi Bernama meninggal dunia
Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras di sini hari ini.