Bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah mangkat di London, pada Jumaat.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata Almarhumah Hajah Khalsom, 83, mangkat pada 7.55 malam, di Hospital King Edward VII.
"Adalah dengan sangat kedukaan dan kemasyghulan dilafazkan iaitu Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah D.K, S.M.I.J, bonda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana ke alam akhirat yang baqa pada 7.55 malam hari Jumaat 1hb Jun 2018 bersamaan dengan 16 Ramadan 1439 Hijrah di Hospital King Edward VII London," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan kemangkatan berkenaan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani.
Abdul Rahim berkata jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Bilik Singgahsana, Istana Besar, di sini yang mana rakyat dan orang awam boleh mengunjung ziarah mengikut peraturan dan waktu yang akan diumumkan kelak.
Beliau berkata jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada tarikh dan waktu yang akan diumumkan nanti.
BACA: Bonda Sultan Johor, Enche' Besar Khalsom Abdullah mangkat
Menurut Abdul Rahim, istiadat pemakaman itu merupakan istiadat separuh rasmi.
Katanya jenazah Almarhumah akan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bermula dari Istana Besar secara diusung pedati yang ditarik 40 Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Abdul Rahim berkata Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar kini dalam keadaan kemasyghulan atau sedih atas kemangkatan bonda baginda.
Almarhumah Hajah Khalsom dilahirkan pada 2 Dis 1935 dan dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 02 2018
Abdul Rahim berkata Sultan Johor kini dalam keadaan kemasyghulan atau sedih atas kemangkatan bonda baginda. --fotoBERNAMA
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Sultan Johor berkenan namakan cucu Tunku Abu Bakar Ibrahim
Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli memaklumkan perkara tersebut dalam satu pengumuman Diraja.
Sultan Johor tidak adakan rumah terbuka kerana berkabung
Ini disebabkan Sultan Johor dan keluarga diraja masih berkabung bagi menghormati kemangkatan bonda baginda Yang Amat Mulia Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah pada 1 Jun lepas.
Jenazah bonda Sultan Johor disemadi di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata Almarhumah Hajah Khalsom, 83, mangkat pada 7.55 malam, di Hospital King Edward VII.
Tunku Mahkota Johor dilantik pemangku Raja Johor
Pengisytiharan pelantikan oleh Sultan Ibrahim itu dibacakan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor dalam satu majlis istiadat di Bukit Serene.