Jenazah Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor yang meninggal dunia di Berne, Switzerland Rabu lepas, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.25 petang Ahad.
Wisma Putra dalam kenyataan pada Sabtu, berkata jenazah akan dibawa pulang dengan penerbangan Lufthansa Airlines LH 782.
"Kenderaan membawa jenazah Allahyarham dijangka tiba di anjung Kompleks Bunga Raya, KLIA pada 6.30 petang sebelum dibawa ke Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA untuk disembahyangkan," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, selepas disembahyangkan, jenazah akan dibawa terus ke Muar, Johor pada 6.50 petang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota, Batu 1 1/4, Jalan Bakri.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Anna Amalina Imam Baweh dan lima anak.
Mohd Zulkephli mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sejak 1984.
Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Switzerland, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan pada Julai 2012.
Mohd Zulkephli juga pernah memegang jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Libya dari 2009 hingga 2011 dan terlibat secara langsung dalam operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Libya.
Selain itu, Allahyarham pernah bertugas di beberapa perwakilan Malaysia seperti Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva.
Bernama
Sun Feb 07 2016
Wisma Putra dalam kenyataan pada Sabtu, berkata jenazah akan dibawa pulang dengan penerbangan Lufthansa Airlines LH 782.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Korea akan memperkukuh jalinan dua negara menjelang ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Korea.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Kerajaan perlu selaras elaun sara hidup pelajar Malaysia di AS - Nazri
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, perkara itu perlu dipertimbangkan supaya tiada perbezaan kadar di antara pelajar-pelajar tajaan agensi kerajaan di negara tersebut.
Dilantik sebagai duta ke AS, keutamaan Nazri bantu negara bukan kerana gaji
"Saya pun macam perdana menteri... juga saya tak perlu gaji ini. Saya adalah duit sikit."
Sah, Tajuddin Abdul Rahman dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia
Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Duta Besar cerita cabaran proses repatriasi rakyat Malaysia dari Arab Saudi
Sebanyak 11 penerbangan khas membawa pulang rakyat Malaysia dari Arab Saudi ketika pandemik COVID-19 melanda dunia sejak Mei lalu.
Muhyiddin terima kunjungan empat Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat daripada empat Duta Besar dan seorang Pesuruhjaya Tinggi yang baru dilantik.
Wisma Putra dapatkan penjelasan duta berhubung isu sumbangan Masjid Al-Aqsa
Satu pertemuan dengan Duta Besar Palestin itu telah diadakan pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu tersebut.
Bazaar Amal Malaysia di Jakarta tarik ribuan pengunjung
Objektif utama program itu adalah untuk tujuan amal, namun ia turut menjadi platform dalam mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan dari Malaysia.
Agensi umrah dinasihat sedia terima pelaksanaan e-visa Arab Saudi
Langkah itu dilihat tidak akan merugikan agensi pelancongan terbabit berikutan umat Islam di negara ini hanya perlu membayar RM573 (bayaran visa umrah dan muassasah), setahun.